12/12/2023
Macam Mana Nak Pilih Minyak Hitam yang Terbaik untuk Kereta Anda?
Kalau badan manusia memerlukan darah untuk berfungsi dengan baik, enjin kereta anda p**a memerlukan minyak hitam untuk memastikan semua komponen enjin berfungsi pada tahap optimum apabila kereta dipandu.
Jenis-jenis Minyak Hitam Kereta yang Ada di Pasaran
- Minyak Hitam Mineral
Merupakan jenis minyak pelincir yang didapati daripada petroleum mentah. Ia tidak mengandungi sebarang bahan sintetik tambahan dan harganya juga lebih rendah berbanding minyak sintetik. Tetapi ia perlu diganti dengan lebih kerap kerana jarak perjalanan yang dicadangkan untuk minyak ini adalah dalam sekitar 5,000 km.
- Minyak Hitam Semi Sintetik
Minyak hitam semi sintetik dihasilkan melalui campuran antara minyak hitam mineral dan minyak hitam sintetik. Ia lebih pekat daripada minyak hitam sintetik penuh dan dirumus khas untuk memberikan perlindungan yang lebih baik kepada enjin kereta anda. Jarak perjalanan yang sesuai untuk minyak hitam semi sintetik adalah sekitar 7,000 hingga 8,000 km.
- Minyak Hitam Sintetik Penuh
Minyak hitam sintetik penuh p**a dihasilkan sepenuhnya daripada bahan sintetik dan tidak mengandungi sebarang minyak hitam mineral. Minyak hitam jenis ini tahan lebih lama lama dan memberikan perlindungan yang sangat baik kepada enjin kereta anda. Jarak perjalanan yang dicadangkan untuk minyak hitam sintetik penuh adalah sehingga 10,000 km.
Ikuti kami untuk dapatkan lebih banyak maklumat berkenaan penjagaan kereta. https://www.facebook.com/qsbypassempire