10/11/2021
KENAPA KITA PERLU CUCI SEAT / KARPET KERETA??
NI 4 PENYAKIT BAHAYA AKIBAT MENGGUNAKAN SEAT FABRIK / KARPET KERETA YANG KOTOR!
Untuk pengetahuan anda, seat kereta dan alas kaki merupakan antara tempat utama tertumpunya habuk di dalam kereta. Tahukah anda, terdapat 4 penyakit bahaya jika anda menggunakan seat kain yang menyimpan debu?
1.
Asma ialah penyakit gangguan pernafasan akibat kusyen kotor yang menyimpan debu dan hama. Penyakit asma mudah terkena kepada kanak-kanak. Statistik menunjukkan lebih 10% daripada penghidap asma terdiri daripada golongan kanak-kanak. Namun angka ini makin meningkat tahun demi tahun. Ia kemungkinan disebabkan oleh faktor persekitaran termasuklah seat kereta yang kotor dan berhabuk serta pemakanan.
2.
Apakah itu Rhinitis? Rhinitis merupakan penyakit alahan yang boleh menjadi serius sekiranya tidak dirawat dengan segera. Menurut Pakar Hospital Pakar Ampang Puteri, Datuk Dr. Narizan Ariffin, alahan rhinitis merupakan permulaan penyakit alahan dalam hidung. Ia berpotensi dialami oleh sesiapa sahaja sebelum merebak dan menjadi lebih teruk.
Tanda-tanda awal yang menunjukkan seseorang itu sedang mengalami alahan rhinitis adalah kerap bersin, hidung berhingus, hidung tersumbat, dan gatal di sekitar hidung. Sekiranya alahan rhinitis ini tidak dibendung pada peringkat awal akan menjadi lebih serius, bukan sahaja menyebabkan penyakit sinusitis malah boleh mengakibatkan hidung berdarah. Rawatan awal perlulah diberikan kepada pesakit untuk mengelakkan perkara yang lebih serius terjadi terutama sekali dalam kalangan kanak-kanak.
3.
Ia adalah penyakit alergi yang menyerang bahagian luar badan akibat daripada bakteria yang ada pada permukaan yang kotor (kusyen kereta, permaidani dan lain-lain). Tidak boleh dinafikan yang kusyen kereta yang kotor mempunyai berjuta-juta bakteria dan hama yang boleh menyebabkan kegatalan. Ia seterusnya boleh mengakibatkan penyakit kulit yang serius jika tidak ditangani dengan segera.
4.
E.coli ialah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Escheria Coli (E.coli) yang boleh menyebabkan jangkitan usus yang serius dan boleh membawa kepada cirit-birit, sakit perut dan demam.
Walaupun kebiasaannya penyakit ini hanya dijangkiti sekiranya kita terminum air yang tidak masak atau makanan yang mentah, namun kajian daripada University of Birmingham mendapati terdapat lebih daripada 100 bakteria berbahaya pada kusyen kereta, termasuklah bakteria E.coli dan Salmonella. Kajian itu juga menunjukkan terdapat lebih bakteria di seat kereta berbanding di tandas.
SOURCE : https://www.facebook.com/907476762738071/posts/1570732626412478/
SAYANGI DIRI ANDA & KELUARGA ANDA👍🏻
pmfb/whatsapp 0143655282🔥
www.wasap.my/60143655282/akhicarwash