IKBN Bandar Penawar (official)

IKBN Bandar Penawar (official) IKBN Bandar Penawar, Johor telah memulakan operasi bermula 1 Julai 2010 dan pengambilan pelajar pertama adalah pada 4 Julai 2011.

Terkini Institut menawarkan program dalam Bidang Hospitaliti, Perhotelan, Mekanikal dan Health, Safety & Environment.

IKBN BANDAR PENAWAR ANJUR PROGRAM PERKONGSIAN KEPAKARAN INDUSTRI BERSAMA PETRONASBANDAR PENAWAR, 4 Ogos 2026 – Institut ...
04/08/2026

IKBN BANDAR PENAWAR ANJUR PROGRAM PERKONGSIAN KEPAKARAN INDUSTRI BERSAMA PETRONAS

BANDAR PENAWAR, 4 Ogos 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah menganjurkan Program Perkongsian Kepakaran Industri bertajuk "Petronas Industry Sharing Session: Technology Transfer and Workforce Development in Oil and Gas Industry".

Berlangsung di Bilik Kuliah HSE dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, program ini melibatkan penyertaan aktif para pelajar Jurusan Perancah, pengajar Jabatan Health Safety & Environment (HSE) dan pengajar Jabatan Mekanikal.

Sesi perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan industri, iaitu Encik Muhammad Elyas bin M.Mohamed Hanifa yang merupakan Eksekutif Keselamatan Operasi di Petronas Refinery & Petrochemical Corporation Sdn Bhd (PRPC).

Program ini memfokuskan kepada bidang kompetensi Pelaksanaan Operasi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Objektif utamanya adalah untuk mendedahkan para peserta kepada keperluan kompetensi semasa serta standard keselamatan terkini yang diaplikasikan di tempat kerja, khususnya dalam sektor minyak dan gas.

Selain aspek pemindahan teknologi dan pembangunan kemahiran tenaga kerja, inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak IKBN Bandar Penawar untuk memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik secara langsung bersama pemain industri utama negara.

TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.







PELEPASAN KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG2026) PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGIBANDAR PENAWAR, 4 Ogos 2026 – Maj...
04/08/2026

PELEPASAN KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG2026) PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI

BANDAR PENAWAR, 4 Ogos 2026 – Majlis Perasmian dan Pelepasan Program Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Tahun 2026 (KMJG2026) bagi peringkat Daerah Kota Tinggi telah berlangsung dengan jayanya pada pagi ini.

Program anjuran Jabatan Penerangan Negeri Johor dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar ini telah diadakan bertempat di Dewan Seri Desaru, IKBN Bandar Penawar bermula seawal jam 8.00 pagi. Seramai 150 orang pelajar dan 30 kakitangan Institut turut memeriahkan pelepasan konvoi ini.

Selain itu, tutur diadakan pameran agansi daripada KEMAS, AADK dan Pejabat Kesihatan Daerah. Acara kemuncak majlis iaitu perasmian dan pelepasan konvoi KMJG2026 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Fauziah Misri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar.

Penganjuran konvoi kembara ini merupakan salah satu inisiatif bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan mengibarkan Jalur Gemilang dalam kalangan masyarakat setempat bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.







MAJLIS PENUTUP MINGGU PARADIGMA PELAJAR BAHARU IKBN BANDAR PENAWAR SESI 2/2026 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYABandar Penawar,...
03/08/2026

MAJLIS PENUTUP MINGGU PARADIGMA PELAJAR BAHARU IKBN BANDAR PENAWAR SESI 2/2026 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

Bandar Penawar, 30 Julai 2026 – Minggu Paradigma Pelajar Baharu IKBN Bandar Penawar bagi Sesi 2/2026 telah berlangsung dengan jayanya bermula 27 hingga 30 Julai 2026. Program ini bertujuan membantu pelajar baharu menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus serta membentuk sahsiah, disiplin dan semangat berpasukan sebagai persediaan menghadapi kehidupan sebagai pelajar IKBN.

Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah mengikuti pelbagai taklimat berkaitan pengurusan institut, peraturan, hal ehwal pelajar serta aktiviti berkumpulan dan kecergasan yang dirancang bagi meningkatkan kekuatan mental dan fizikal, di samping memupuk nilai kepimpinan, kerjasama serta jati diri.

Kemuncak program ialah Majlis Penutup Minggu Paradigma Pelajar Baharu Sesi 2/2026 yang telah diadakan pada 30 Julai 2026 dan disempurnakan oleh Pn. Noor Sharina Binti Salim, Ketua Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti. Dalam ucapannya, beliau menyeru para pelajar agar sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang kemahiran, berdisiplin tinggi serta memanfaatkan sepenuhnya peluang pembelajaran yang disediakan di IKBN Bandar Penawar.

Program ini diharapkan dapat menjadi landasan terbaik dalam melahirkan pelajar yang berilmu, berkemahiran, berdaya saing dan bersedia menyumbang kepada pembangunan negara selaras dengan aspirasi TVET MADANI.

TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.







TAHNIAH!!!! Pengurusan Institut merakamkan ucapan Penghargaan dan tahniah di atas kejayaan yang telah diterjemah oleh ka...
30/07/2026

TAHNIAH!!!!

Pengurusan Institut merakamkan ucapan Penghargaan dan tahniah di atas kejayaan yang telah diterjemah oleh kalangan warga IKBN utk tahun 2025...Kejayaan anda adalah inspirasi buat seluruh waga kerja IKBN






Sesi Perkongsian Alumni Peningkat Semangat Pelajar Baharu IKBN Bandar Penawar Bandar Penawar, 28 Julai 2026 - Hari kedua...
30/07/2026

Sesi Perkongsian Alumni Peningkat Semangat Pelajar Baharu IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar, 28 Julai 2026 - Hari kedua Minggu Paradigma pelajar baharu Sesi 2/206 diserikan lagi dengan sesi perkongsian daripada alumni. Seramai 3 orang alumni telah hadir iaitu:

1. SAUDARA KAMARUL HAKIM BIN BAKHATIR
2. SAUDARA FAZLEE BIN SHAMSUDDIN
3. SAUDARA MUHAMMAD ABDUL 'AZEEZ AL-HAKEEM BIN OTHMAN

Pelbagai topik telah dikongsikan kepada pelajar baharu dalam memastikan pelajar baharu yakin dan percaya kepada laluan pelajaran TVET dan kerjaya yang dipilih oleh pelajar baharu ini disamping meningkatkan motivasi agar terus berusaha hingga berjaya seperti alumni yang hadir.

Institut mengucapkan jutaan terima kasih kepada alumni yang hadir kerama sudi membuat perkongsian yang sungguh bermakna buat pelajar baharu.

TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.







Minggu Paradigma Sesi 2/2026 - Day 3
30/07/2026

Minggu Paradigma Sesi 2/2026 - Day 3

Minggu Paradigma Sesi 2/2026 - Day 2
30/07/2026

Minggu Paradigma Sesi 2/2026 - Day 2

Minggu Paradigma Sesi 1/2026 - Day 1
30/07/2026

Minggu Paradigma Sesi 1/2026 - Day 1

Address

Jalan Kejora Utama
Tanjong Surat
81930

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6078221567

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKBN Bandar Penawar (official) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to IKBN Bandar Penawar (official):

Shortcuts

Share