15/01/2021
Berikutan pengumuman yang diumumkan semalam di mana Dobi Layan Diri Dibenarkan Beroperasi Bersyarat Sepanjang PKP, maka hari ini UDOBI beroperasi semula seperti biasa dengan tambahan SOP.
1) Pelanggan perlu scan suhu di meja hadapan,
2) Scan MySejahtera atau tulis nama di meja hadapan,
3) Gunakan hand sanitizer yang disediakan,
4) Masuk ke dalam UDOBI untuk mencuci atau mengeringkan baju,
5) Pelanggan dikehendaki menunggu di dalam kenderaan masing-masing atau di luar dobi sehingga cucian atau keringan selesai, dan
6) Sebaik sahaja selesai, pelanggan perlu mengambil pakaian dan terus beredar keluar. Tidak dibenarkan menunggu atau melipat pakaian di dalam dobi.
Kerjasama anda semua amatlah kami hargai.