FWD Laundry Services

FWD Laundry Services Sibuk? Baju berguni tak dibasuh? �� Tiada masa? Baju berbakul tak dilipat dan digosok? Usah risau... FWD Laundry Services boleh selesaikan masalah anda.

28/10/2020
Jangan lupa baca doa akhir & awal tahun ye semua.. Semoga Allah terima doa kita..Salam Maal Hijrah dari saya..😊
19/08/2020

Jangan lupa baca doa akhir & awal tahun ye semua.. Semoga Allah terima doa kita..Salam Maal Hijrah dari saya..😊

Selamat Hari Raya Aidiladha
30/07/2020

Selamat Hari Raya Aidiladha

23/07/2020

8 Cara Menggosok Baju/Fabrik Yang Susah Licin

Proses menggosok pakaian adalah satu proses yang penting dalam memastikan pakaian yang digosok menjadi licin dan dapat menghilangkan segala kedutan pada fabrik. Ianya bukan sahaja terletak pada jenis stereka yang kita bakal gunakan. Ianya bermula dari pengendalian fabrik sehinggalan cara kita menyimpan semula pakaian.

Namun ini adalah tips yang biasa digunakan. Ianya bermula dengan :-

1. Proses merendam :-

Rendamlah baju beberapa minit saja, jangan terlalu lama kerana setiap baju memiliki bahan dengan sifat tersendiri,untuk itu ada baiknya anda mengenal bahan dan sifat baju anda sebelum merendam dan mencucinya. Ada bahan baju yang tidak boleh direndam terlalu lama. Akibatnya baju akan menjadi lebih berkedut dan susah untuk di setrika.

2. Proses mencuci baju

Ketika anda mencuci baju, elakkan dari mengendalikan (sental atau berus) kain terlalu kuat kerana ianya akan mengakibatkan baju anda terlampau kedut dan susah licin kerana bekas sentalan tadi. Selain itu aktiviti ini akan lebih cepat merosakkan serat baju dan mungkin fabrik akan mudah pudar dan lusuh. Sekiranya anda menggunakan mesin basuh, gunakan mode normal wash.

3. Proses memerah baju

Bagi anda yang tidak menggunakan mesin basuh, ketika membilas anda akan memerah baju dengan kuat, ini akan membuatkan fabric lebih berkedut dan susah untuk diseterika kerana bekas perahan yang terlalu kuat.

4. Proses mengeringkan baju.

Ketika anda selesai proses membasuh, maka segeralah sidai kain dengan menggantung kain diampaian. Pastikan ruangan pengudaraan cukup untuk fabric bernafas dan mengurangkan kedutan dengan sendiri. Sebaiknya baju di gantung menggunakan hanger. Cara ini juga dapat mengurangkan kedutan dan mempercepatkan proses seterika dengan rapi. Sebaiknya juga, kibas-kibaskan kain anda sebelum sidai agar material dapat diluruskan semula.

5. Proses menyimpan baju yang sudah kering.

Sebaiknya setelah baju benar-benar kering maka segeralah lipat dengan rapi dan letak kan ditempat kusus sebelum baju di seterika.

6. Proses Menggosok Baju

Setelah mempraktikkan semua proses di atas , proses menggosok dilakukan dengan beberapa tips berikut untuk menghilangkan kedutan di fabrik. Sekiranya anda menggunakan product pelicin, sila spray dahulu keatas pakaian yang hendak digosok.
*product pelicin seperti easy ironing aid membantu untuk memudahkan dan memaksimakan hasil gosokan.

Atur suhu seterika sesuai dengan jenis Fabrik.
- Untuk bahan yang mudah kedut seperti cotton anda boleh menggunakan suhu tinggi.

7. Ketelitian

Seterikalah dengan perlahan dan teliti agar agar kedutan pada fabrik hilang dengan sempurna maka gerakan lah setrika dengan perlahan pada baju tersebut sampai baju anda licin. Mungkin anda boleh menambahkan sedikit tekanan sewaktu menggosok untuk hasil yang lebih baik.

8. Gantung dengan sempurna dan simpan di tempat gantung.

Pastikan pakaian tidak diletakkan terlalu rapat tanpa plastik untuk mengelakkan kedut.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Semoga apa yg diusahakan membuahkan hasil yg positif suatu masa nanti.Assalamualaikum & Selamat Pagi 🌹
22/07/2020

Semoga apa yg diusahakan membuahkan hasil yg positif suatu masa nanti.

Assalamualaikum & Selamat Pagi 🌹

Kejayaan memerlukan pengorbanan. Bukan dalam masa sehari, seminggu, sebulan dan mungkin juga 10 tahun sekalipun. Tetapi ...
22/07/2020

Kejayaan memerlukan pengorbanan. Bukan dalam masa sehari, seminggu, sebulan dan mungkin juga 10 tahun sekalipun. Tetapi dengan kesabaran, usaha, istiqamah tanpa rasa jemu kemungkinan besar boleh dicapai dalam masa yang singkat.

Assalamualaikum & Selamat Pagi sahabat 🌹🌹🌹

Salam sejahtera semua.5 Tips Penjagaan Kain Cotton.Ramai di antara kita tidak ambil berat tentang penjagaan kain cotton....
21/07/2020

Salam sejahtera semua.

5 Tips Penjagaan Kain Cotton.

Ramai di antara kita tidak ambil berat tentang penjagaan kain cotton. Penjagaan kain cotton tidaklah susah seperti kain sutera (silk). Jika kita abaikan mungkin kain cotton tidak akan tahan lama.
Semoga dengan perkongsian ini, anda semua mengetahui cara-cara penjagaan kain cotton untuk tahan lama dan warna kekal cantik tidak luntur.

1. Sebelum di hantar ke ‘tailor’ untuk tempahan anda dinasihatkan membuat basuhan pertama ke atas fabrik/kain cotton terlebih dahulu. Ini kerana fabrik cotton anda akan ‘mengecut’ (shrink) sedikit selepas basuhan awal. Untuk mengelakkan ukuran baju kita tak sama, adalah digalakkan untuk berbuat demikian.

2. Elak menggunakan ‘bleach’ atau ‘chemical’ lain selain daripada detergent anda. Pelembut fabrik (softener) mungkin juga akan mengurangkan pernafasan fabrik/kain cotton anda.

3. Anda boleh basuh fabrik/kain cotton dengan tangan atau dengan washing machine sama ada air sejuk atau suam. Kalau boleh basuh berasingan dengan fabrik/kain cotton warna yang lain. (jika nak kekalkan warnanya).

4. Bila menjemur elakkan dari jemur di bawah sinaran matahari yang terik. Kalau guna ‘dryer’, jangan terlalu lama dan sebaik-baiknya lipat atau gantung kain lepas guna ‘dryer’. Jangan campak dalam bakul selepas guna ‘dryer’ dan biar terlalu lama, nanti mudah berkedut.

5. Sebaiknya terbalikkan baju (inside-out) sebelum basuh dalam washing machine.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Lepas ni boleh cuba amalkan. Insyaallah kain cotton kita akan tahan lama dan kekal cantik.

21/07/2020
19/07/2020
19/07/2020

Nak kongsi teknik/tips menjaga & menggosok kain jenis linen. Semoga memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba

Alhamdulillah... Rezeki hari ni. Page inilah kedai saya. Pada sesiapa yang ada kenalan atau diri sendiri yang tiada masa...
18/07/2020

Alhamdulillah... Rezeki hari ni. Page inilah kedai saya.

Pada sesiapa yang ada kenalan atau diri sendiri yang tiada masa, tak gemar untuk menggosok, melipat & seumpamanya boleh hubungi saya.

Sila klik nombor yang tertera di bio ☝🏻
Terima kasih 😊🤗

Address

Skudai
81300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FWD Laundry Services posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share