Cuci Karpet Manjung - HaliClean

Cuci Karpet Manjung - HaliClean HALI CLEANING SERVICES
202103031170
Pakar menyediakan perkhidmatan pembersihan karpet dan cucian fabrik serta lantai secara professional.
(1)

Kedai beroperasi seperti biasa. *Waktu Operasi Kedai*Isnin-Sabtu8.30am-6.00pmRehat *(Kedai Tutup)* 12.30pm-2.00pm.Jumaat...
06/08/2026

Kedai beroperasi seperti biasa.

*Waktu Operasi Kedai*

Isnin-Sabtu
8.30am-6.00pm

Rehat *(Kedai Tutup)* 12.30pm-2.00pm.
Jumaat 12.30-2.30pm.

*Ahad - Kedai Tutup*

Nak terus datang ke kedai boleh, nak kami ambil hantar terus ke rumah pun boleh.

📲0194284254


Tak dinafikan, ade task yang terpaksa masuk hujung minggu atau habis lewat malam. Tp ia bukan setiap masa.Kegagalan mera...
05/08/2026

Tak dinafikan, ade task yang terpaksa masuk hujung minggu atau habis lewat malam. Tp ia bukan setiap masa.

Kegagalan merancang adalah merancang untuk gagal.

MASALAHNYA BUKAN BOS TAK BERKAHWIN.

Masalahnya apabila seorang ketua menganggap semua orang perlu hidup mengikut jadual dan keutamaannya.

Ada pegawai yang sanggup duduk di pejabat sehingga tengah malam.
Ada yang selesa bekerja pada hujung minggu.
Itu pilihan mereka.

Tetapi jangan jadikan pilihan peribadi itu sebagai ukuran komitmen semua anak buah.

Anak buah mungkin perlu mengambil anak dari pengasuh.
Perlu menjaga ibu bapa yang uzur.
Perlu menemani pasangan ke hospital.
Perlu p**ang sebelum anak tidur.
Atau sekadar perlukan masa untuk berehat selepas seharian bekerja.

Semua itu bukan tanda mereka malas atau tidak berdedikasi.

Begitu juga, jangan terlalu mudah menggunakan ayat:

“Ini arahan.”

“Semua kena hadir.”

“Siapa tak ikut, saya ambil tindakan.”

“Dulu saya pun buat macam ini.”

Jawatan ketua bukan lesen untuk mengambil setiap jam dalam kehidupan orang bawahan.

Jika benar-benar kecemasan, kebanyakan kakitangan akan faham dan membantu. Namun apabila semua perkara dilabel sebagai “urgent”, mesyuarat dibuat di luar waktu bekerja tanpa keperluan, dan tugasan dihantar pada tengah malam untuk disiapkan pada awal pagi — itu bukan budaya kerja cemerlang.

Itu kegagalan merancang.

Dan isu ini juga bukan semata-mata tentang ketua yang belum berkahwin. Ada juga ketua yang sudah berkeluarga tetapi terlalu gilakan kerja sehingga menganggap semua orang perlu berkorban seperti dirinya.

Ketua yang baik bukan orang yang memastikan anak buah sentiasa berada di pejabat.

Ketua yang baik memastikan kerja siap, keutamaan jelas dan pasukannya masih mempunyai kehidupan selepas waktu bekerja.

Kerja tetap kerja.

Tetapi keluarga, kesihatan dan kehidupan seseorang tidak sepatutnya menjadi korban kepada kelemahan pengurusan orang lain.

Cucian tilam dan sofa.Sofa tempat berkumpul seisi keluarga, tilam p**a tempat kita berehat setiap hari. Tanpa disedari, ...
05/08/2026

Cucian tilam dan sofa.

Sofa tempat berkumpul seisi keluarga, tilam p**a tempat kita berehat setiap hari.

Tanpa disedari, habuk, kotoran, tumpahan minuman, minyak badan dan kesan peluh akan terkumpul dari semasa ke semasa.

Jangan tunggu sehingga kotoran dibiarkan terlalu lama. Semakin lama ia meresap ke dalam fabrik dan span, semakin sukar untuk ditanggalkan. Ada sesetengah kotoran juga boleh menyebabkan kesan kekal (stain) atau perubahan warna pada fabrik, walaupun selepas dicuci.

✨ Cucian sofa
✨ Cucian tilam
✨ Mengurangkan habuk dan kotoran
✨ Servis profesional ke rumah anda

Pastikan sofa dan tilam anda dicuci secara berkala supaya sentiasa bersih, segar dan lebih selesa digunakan.
📲 Hubungi HaliClean untuk tempahan atau pertanyaan. 0194284254

Cucian karpet dan sofa kapal layar. Kemewahan bukan hanya pada reka bentuk, tetapi juga pada tahap penjagaannya. ⚓Alhamd...
03/08/2026

Cucian karpet dan sofa kapal layar.

Kemewahan bukan hanya pada reka bentuk, tetapi juga pada tahap penjagaannya. ⚓

Alhamdulillah, selesai proses cucian karpet dan sofa sebuah kapal layar dengan penuh teliti. Setiap ruang diberi perhatian bagi memastikan kebersihan, kesegaran dan keselesaan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Di mana sahaja lokasi anda, di darat mahupun di laut HaliClean komited memberikan hasil cucian yang berkualiti dan profesional.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada HaliClean.

📲0194284254

Cucian karpet Masjid Salahuddin, Taman Desa Bayu.Karpet masjid yang bersih bukan sekadar mencantikkan ruang, malah membe...
01/08/2026

Cucian karpet Masjid Salahuddin, Taman Desa Bayu.

Karpet masjid yang bersih bukan sekadar mencantikkan ruang, malah memberi keselesaan dan ketenangan kepada para jemaah ketika beribadah.

✨ Cucian profesional
✨ Kotoran dan habuk dibersihkan
✨ Bau kurang menyenangkan diatasi

Jika karpet masjid atau surau anda sudah lama tidak dicuci, inilah masa yang sesuai untuk menyegarkannya semula.

📞 Hubungi HaliClean untuk tempahan. 0194284254

29/07/2026

Cucian bumbung kereta.

Bumbung kereta dah bertompok-tompok? Dah bertukar warna? 😅
Jangan risau, kami boleh bantu cuci dan bersihkan supaya kembali bersih, segar dan lebih selesa dipandang.

✅ Hilangkan kesan kotoran
✅ Kurangkan bau yang terperangkap
✅ Proses cuci dengan teliti

📍Tempah slot sekarang.
WhatsApp kami untuk pertanyaan dan temujanji!

📲0194284254

Bau yang anda dah biasa hidu, belum tentu tetamu selesa. 😉Segarkan semula karpet rumah dengan cucian profesional HaliCle...
24/07/2026

Bau yang anda dah biasa hidu, belum tentu tetamu selesa. 😉

Segarkan semula karpet rumah dengan cucian profesional HaliClean.

📲 WhatsApp 019-428 4254

Encik, boleh tolong cuci karpet akak.Tak kotor, nk cuci saja. What❗❗❗Elok, karpet shaggy jangan letak bawah meja.Susah n...
23/07/2026

Encik, boleh tolong cuci karpet akak.
Tak kotor, nk cuci saja. What❗❗❗

Elok, karpet shaggy jangan letak bawah meja.
Susah nak sapu dan vakum.
Letak p**ak meja marble 8 seater.
4 orang angkat pon semput 😭

Nak cuci karpet boleh roger kami.
📲0194284254


Karpet bukan sekadar hiasan rumah.Ia adalah tempat anak merangkak, bermain dan membesar.Pastikan setiap sentuhan mereka ...
19/07/2026

Karpet bukan sekadar hiasan rumah.
Ia adalah tempat anak merangkak, bermain dan membesar.

Pastikan setiap sentuhan mereka berada di atas karpet yang benar-benar bersih.

Kerana kesihatan keluarga bermula dari rumah ❤️

📲 Tempah cucian karpet HaliClean sekarang.
019-428 4254


18/07/2026

Kerusi meja makan dah bertompok-tompok, bau tak menyenangkan?
Kami bantu kembalikan seri ruang makan rumah anda.

Berminat boleh hubungi kami untuk tempahan slot atau pertanyaan lanjut. 📲0194284254


Address

No. 63, Jalan Jati Permai 2, Taman Jati Permai, Kampung Cina
Sitiawan
32200

Opening Hours

Monday 08:30 - 18:00
Tuesday 08:30 - 18:00
Wednesday 08:30 - 18:00
Thursday 08:30 - 18:00
Friday 08:30 - 18:00
Saturday 08:30 - 18:00

Telephone

+60194284254

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cuci Karpet Manjung - HaliClean posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cuci Karpet Manjung - HaliClean:

Shortcuts

Share