27/09/2026
🇲🇾 KENANGAN KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾
Alhamdulillah, selesai sudah sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia di DKasih Hemodialisis. ❤️
Bukan sekadar menghias tempat kerja, buat video dan memeriahkan suasana, tetapi paling penting adalah semangat kerjasama, kekitaan dan kebersamaan sebagai satu pasukan. 🤝🏻
Setiap video, setiap hiasan, setiap gelak tawa dan setiap usaha yang diberikan menjadi satu kenangan yang cukup bermakna. 🇲🇾✨
Terima kasih kepada semua warga DKasih yang telah memberikan komitmen dan meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan aktiviti sepanjang bulan ini.
Mungkin nampak kecil bagi sesetengah orang, tetapi bila dibuat bersama-sama, ia menjadi satu kenangan yang besar. ❤️
Semoga semangat ini terus kekal bukan hanya sempena bulan kemerdekaan, tetapi dalam setiap langkah kita sebagai satu keluarga DKasih.
🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾
❤️ SELAMAT HARI MALAYSIA! 🇲🇾