PSF Fumigation Sdn. Bhd.

Directions Website Contact the business

PSF Fumigation Sdn. Bhd. PSF Fumigation dan anda bagaikan aur dengan tebing.

Sama-sama memerlukan bagi mencipta suasana . 🤝

Pest Control | Fumigasi | Sanitasi | Sanitary Bin
SSM: 201601000198 (1171123-K)

⚠️ 𝗧𝗛𝗜𝗦 𝗣𝗢𝗦𝗧 𝗗𝗘𝗙𝗜𝗡𝗜𝗧𝗘𝗟𝗬 𝗛𝗔𝗦 𝗖𝗢𝗠𝗠𝗘𝗥𝗖𝗜𝗔𝗟 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗡𝗧.𝘝𝘪𝘦𝘸𝘦𝘳 𝘥𝘪𝘴𝘤𝘳𝘦𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘪𝘴 𝘢𝘥𝘷𝘪𝘴𝘦𝘥. 𝘠𝘰𝘶 𝘮𝘢𝘺 𝘦𝘯𝘤𝘰𝘶𝘯𝘵𝘦𝘳 𝘢𝘯 𝘦𝘹𝘱𝘦𝘤𝘵𝘦𝘥 𝘢𝘥𝘷𝘦𝘳𝘵𝘪𝘴𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵....
21/11/2026

⚠️ 𝗧𝗛𝗜𝗦 𝗣𝗢𝗦𝗧 𝗗𝗘𝗙𝗜𝗡𝗜𝗧𝗘𝗟𝗬 𝗛𝗔𝗦 𝗖𝗢𝗠𝗠𝗘𝗥𝗖𝗜𝗔𝗟 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗡𝗧.
𝘝𝘪𝘦𝘸𝘦𝘳 𝘥𝘪𝘴𝘤𝘳𝘦𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘪𝘴 𝘢𝘥𝘷𝘪𝘴𝘦𝘥. 𝘠𝘰𝘶 𝘮𝘢𝘺 𝘦𝘯𝘤𝘰𝘶𝘯𝘵𝘦𝘳 𝘢𝘯 𝘦𝘹𝘱𝘦𝘤𝘵𝘦𝘥 𝘢𝘥𝘷𝘦𝘳𝘵𝘪𝘴𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵. 🤣

Kalau anda sedang menikmati hari yang tenang di rumah, tiba-tiba ternampak lipas melintas di dapur, terdengar bunyi tikus di siling atau menemui tanda-tanda kehadiran anai-anai pada perabot.

Mungkin sudah tiba masanya untuk beri perhatian kepada penghuni yang tidak diundang ini.

Jangan risau, kami bukan nak menakutkan anda. Cuma nak mengingatkan bahawa masalah makhluk perosak boleh menjadi lebih serius jika tidak dikawal dengan baik.

Oh ya, kalau anda belum kenal kami, kami ialah PSF Fumigation, Rakan Anda!

Antara 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 yang 𝗸𝗮𝗺𝗶 sediakan:
🐜 Kawalan Anai-anai
🪳 Kawalan Lipas dan Serangga Perosak
🐀 Kawalan Tikus
🦟 Kawalan Nyamuk
🏠 Fumigasi dan Sanitasi
🚮 Sanitary Bin

Jika makhluk perosak buat anda buntu, PSF Fumigation sedia membantu!

p/s: 𝗣𝗲𝗺𝗲𝗿𝗶𝗸𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔


20/11/2026

On Duty: Fumigasi Phyto! 🫡
Nak tau lebih lanjut? Wasap kami. 😎

From the river to the sea, Palestine will be free.  ☝🏽🇵🇸
19/11/2026

From the river to the sea, Palestine will be free. ☝🏽🇵🇸




Sekarang kita sudah memasuki musim tengkujuh. Cuaca di Selangor sejak kebelakangan ini pun semakin tidak menentu. Ada ka...
17/11/2026

Sekarang kita sudah memasuki musim tengkujuh. Cuaca di Selangor sejak kebelakangan ini pun semakin tidak menentu.

Ada kalanya cuaca nampak elok, tetapi tidak lama kemudian hujan turun dengan lebat. Sesetengah kawasan mula berdepan jalan dinaiki air, manakala ada juga yang mengalami banjir kilat.

Bila hujan mula reda dan air semakin surut, ada satu perkara yang kita tak boleh pandang ringan, iaitu 𝗮𝗶𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗸𝘂𝗻𝗴.

Air bertakung bukan sekadar menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Persekitaran selepas hujan dan banjir juga boleh meningkatkan risiko pendedahan kepada beberapa makhluk perosak serta penyakit bawaan mereka.

🦟 𝗡𝘆𝗮𝗺𝘂𝗸 – Bekas, longkang dan kawasan yang menakung air boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa penyakit seperti denggi.

🐀 𝗧𝗶𝗸𝘂𝘀 – Air banjir yang tercemar dengan air kencing tikus boleh menjadi punca jangkitan leptospirosis atau kencing tikus.

🪰 𝗟𝗮𝗹𝗮𝘁 – Sampah dan sisa organik yang terdedah selepas banjir boleh menarik kehadiran lalat, sekali gus meningkatkan risiko pencemaran makanan.

🪳 𝗟𝗶𝗽𝗮𝘀 – Kawasan yang lembap dan mempunyai sisa makanan boleh menjadi tempat persembunyian lipas. Pergerakannya juga boleh menyebabkan pencemaran makanan dan permukaan.

Jadi, selepas hujan lebat atau banjir, jangan hanya fokus pada kerja membersihkan rumah dan kawasan sekitar. Perhatikan juga kawasan yang masih menakung air, longkang tersumbat, sampah yang terdedah serta tanda-tanda kehadiran makhluk perosak.

Air mungkin sudah surut, tetapi risiko kehadiran makhluk perosak masih perlu diberi perhatian.

PSF Fumigation | Rakan Anda

𝗪𝗛𝗔𝗧'𝗦 𝗢𝗡 𝗧𝗛𝗘 𝗔𝗚𝗘𝗡𝗗𝗔 𝗧𝗢𝗗𝗔𝗬? 🗓️🤓Manusia dan makhluk perosak, kedua-duanya mempunyai rutin harian yang tersendiri.Tetapi t...
16/11/2026

𝗪𝗛𝗔𝗧'𝗦 𝗢𝗡 𝗧𝗛𝗘 𝗔𝗚𝗘𝗡𝗗𝗔 𝗧𝗢𝗗𝗔𝗬? 🗓️🤓

Manusia dan makhluk perosak, kedua-duanya mempunyai rutin harian yang tersendiri.

Tetapi tahukah anda, di sebalik rutin harian mereka, terdapat beberapa tingkah laku yang mungkin agak mengejutkan?

🐜 𝗦𝗲𝗺𝘂𝘁 𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶

Bukan semua semut keluar mencari makanan. Ada semut pekerja yang ditugaskan menjaga anak-anak dalam koloni. Menariknya, kajian mendapati sesetengah semut penjaga boleh menjalankan tugas sepanjang 24 jam!

🪳 𝗟𝗶𝗽𝗮𝘀 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁𝗶

Dalam satu eksperimen makmal, lipas spesies 𝗟𝗲𝘂𝗰𝗼𝗽𝗵𝗮𝗲𝗮 𝗺𝗮𝗱𝗲𝗿𝗮𝗲 berjaya mempelajari perkaitan antara bau tertentu dengan ganjaran makanan. Malah, ingatan tersebut boleh bertahan sekurang-kurangnya 48 jam.

🐀 𝗧𝗶𝗸𝘂𝘀 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗯𝗮𝗵 𝗿𝘂𝘁𝗶𝗻

Walaupun kebanyakannya aktif pada waktu malam, kajian lapangan mendapati tikus rumah boleh meningkatkan aktiviti pada waktu siang bergantung pada keadaan persekitaran dan aktiviti pop**asi di sekelilingnya.

Menarik kan?

Rupa-rupanya, kehidupan makhluk perosak lebih kompleks daripada apa yang kita lihat setiap hari.

Sebab itulah, memahami tingkah laku dan corak aktiviti mereka penting dalam menentukan pendekatan kawalan perosak yang bersesuaian.

𝗦𝗼, 𝘄𝗵𝗮𝘁'𝘀 𝗼𝗻 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗮𝗴𝗲𝗻𝗱𝗮 𝘁𝗼𝗱𝗮𝘆?

Apa pun agenda anda, pastikan makhluk perosak tidak menjadi sebahagian daripada rutin harian anda. 😉

𝗔 𝗡𝗲𝘄 𝗟𝗲𝗮𝗿𝗻𝗶𝗻𝗴 𝗘𝘅𝗽𝗲𝗿𝗶𝗲𝗻𝗰𝗲, 𝗔 𝗡𝗲𝘄 𝗚𝗮𝗺𝗲 𝗖𝗵𝗮𝗻𝗴𝗲𝗿! 🎯Setiap bidang sentiasa berkembang, begitu juga dengan dunia fumigasi. Se...
13/11/2026

𝗔 𝗡𝗲𝘄 𝗟𝗲𝗮𝗿𝗻𝗶𝗻𝗴 𝗘𝘅𝗽𝗲𝗿𝗶𝗲𝗻𝗰𝗲, 𝗔 𝗡𝗲𝘄 𝗚𝗮𝗺𝗲 𝗖𝗵𝗮𝗻𝗴𝗲𝗿! 🎯

Setiap bidang sentiasa berkembang, begitu juga dengan dunia fumigasi. Sebab itulah pembelajaran dan latihan berterusan penting untuk memastikan pengetahuan serta kemahiran sentiasa dipertingkatkan. 👷🏽‍♂️📈

Sabtu lalu, team PSF berpeluang mengikuti Kursus Fumigasi yang merangkumi sesi teori dan amali. Bukan sekadar memahami ilmu di atas kertas, malah berpeluang melihat sendiri bagaimana pengetahuan tersebut diaplikasikan melalui latihan praktikal.

Bagi kami, penganjuran kursus seperti ini bukan sekadar berkongsi ilmu, tetapi juga satu usaha untuk membuka lebih banyak peluang kepada yang berminat mendalami bidang fumigasi.

Kami percaya setiap orang berhak diberikan peluang untuk belajar, mengembangkan kemahiran dan melangkah lebih jauh dalam kerjaya masing-masing. Siapa tahu, daripada latihan inilah lahirnya lebih ramai tenaga mahir dan pelapis baharu dalam industri fumigasi.

Kerana kadangkala, satu peluang untuk belajar boleh menjadi 𝗴𝗮𝗺𝗲 𝗰𝗵𝗮𝗻𝗴𝗲𝗿 dalam perjalanan seseorang. 💪

Kalau lipas muncul dalam tandas, bolehlah cuba teknik ni. Kalau dekat luar, belum sempat cari air sabun, lipas dah hilan...
13/11/2026

Kalau lipas muncul dalam tandas, bolehlah cuba teknik ni. Kalau dekat luar, belum sempat cari air sabun, lipas dah hilang entah ke mana. 🤣

Lipas kalau kita sembur dengan air biasa, selamba sahaja dia lari. Siap boleh sambung jalan macam tak ada apa-apa berlaku.

Tapi cuba titiskan sedikit air sabun pada badannya. Kadang-kadang dalam beberapa saat sahaja, lipas dah mula menggelupur, terbalik dan tidak bergerak.

Kenapa ya?

Apa yang hebat sangat tentang air sabun?

Sebenarnya, lipas tidak bernafas melalui hidung seperti manusia.

Lipas bernafas melalui lubang-lubang kecil pada sisi badannya yang dipanggil spirakel.

Badan lipas p**a mempunyai lapisan berlilin yang membantu menolak air. Sebab itulah apabila terkena air biasa, air tidak mudah membasahi seluruh permukaan badannya.

Tetapi apabila kita campurkan sabun, keadaan berubah.

Sabun mengurangkan tegangan permukaan air. Air sabun lebih mudah merebak pada badan lipas, termasuk kawasan lubang pernafasannya.

Apabila air sabun memasuki atau menyekat saluran pernafasan, pertukaran oksigen boleh terganggu.

Pada masa yang sama, sabun juga boleh merosakkan lapisan berlilin yang melindungi badan lipas daripada kehilangan air.

Gabungan kesan ini boleh menyebabkan lipas menjadi lemah dan akhirnya mati.

Cuma, lipas yang terbalik dalam dua saat itu belum tentu sudah mati. Ada yang sekadar lumpuh sementara dan masih boleh pulih.

Menarik, kan?

Air biasa mungkin hanya membuatkan lipas basah. Tetapi apabila ditambah sabun, sifat air berubah dan kesannya terhadap badan lipas juga berbeza.

Sebab itulah kadangkala kita tak perlukan bahan yang terlalu kompleks untuk melihat bagaimana prinsip sains berfungsi dalam kehidupan seharian.

Sekarang ni setiap kali p**ang dari kerja, belum sempat sampai ke rumah, azan Maghrib sudah pun berkumandang.Bila waktu ...
11/11/2026

Sekarang ni setiap kali p**ang dari kerja, belum sempat sampai ke rumah, azan Maghrib sudah pun berkumandang.

Bila waktu solat semakin awal, rutin harian kita pun sedikit sebanyak perlu disesuaikan. Apa kata kita ambil perubahan ini sebagai satu peluang untuk memperbaiki rutin ibadah juga?

Bagi yang masih mempunyai hutang puasa Ramadan, inilah masa yang baik untuk mula menggantikannya sedikit demi sedikit. Tak perlu tunggu sehingga bulan Syaaban baru hendak kelam-kabut mengejar hari yang masih berbaki.

Bagi yang sudah selesai qada puasa p**a, bolehlah mengambil peluang untuk menambah amalan dengan puasa sunat Isnin dan Khamis.

Tak perlu tunggu datangnya Ramadan untuk mula memperbaiki amalan. Selagi ada kesempatan, manfaatkanlah sebaiknya.

Semoga setiap hari kita menjadi lebih baik daripada semalam. 💖

📋 𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗟𝗔𝗣𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗧𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦𝗔𝗡📍 Lokasi: Kawasan Perumahan📅 Tarikh: 6 November 2026🕘 Masa: Pagi🛠️ Skop Kerja:...
07/11/2026

📋 𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗟𝗔𝗣𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡

𝗕𝗨𝗧𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦𝗔𝗡
📍 Lokasi: Kawasan Perumahan
📅 Tarikh: 6 November 2026
🕘 Masa: Pagi
🛠️ Skop Kerja: Fogging, Spraying & Baiting

𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜
Satu operasi kawalan makhluk perosak telah berjaya dilaksanakan oleh pasukan teknikal PSF Fumigation di sebuah kawasan perumahan semalam.

Operasi melibatkan tiga kaedah rawatan mengikut skop kerja yang telah ditetapkan:

✅ 𝗙𝗼𝗴𝗴𝗶𝗻𝗴 – Rawatan kabus dilaksanakan bagi membantu mengawal pop**asi nyamuk dewasa di kawasan sasaran.

✅ 𝗦𝗽𝗿𝗮𝘆𝗶𝗻𝗴 – Semburan bahan kawalan serangga pada permukaan atau kawasan tertentu bagi mengawal serangga perosak yang dikenal pasti.

✅ 𝗕𝗮𝗶𝘁𝗶𝗻𝗴 – Penggunaan umpan khas yang mengandungi bahan aktif untuk menarik makhluk perosak sasaran supaya mengambil umpan tersebut.

𝗦𝗧𝗔𝗧𝗨𝗦 𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦𝗔𝗡
Kerja-kerja rawatan telah selesai dilaksanakan mengikut skop tugasan yang ditetapkan.

Setiap kaedah kawalan mempunyai fungsi tersendiri dan pemilihannya bergantung pada jenis makhluk perosak serta keadaan persekitaran.

Terima kasih kepada pihak yang telah memberikan kerjasama sepanjang operasi berlangsung. 🫱🏼‍🫲🏼

PSF Fumigation | Rakan Anda

Bila banjir melanda, keselamatan diri bukan hanya tentang mengelakkan kawasan dinaiki air.Ada beberapa perkara lain yang...
07/11/2026

Bila banjir melanda, keselamatan diri bukan hanya tentang mengelakkan kawasan dinaiki air.

Ada beberapa perkara lain yang perlu kita ambil perhatian, termasuk risiko jangkitan kencing tikus. 🐭 Antaranya seperti yang dikongsikan ini.

Jaga diri dan sentiasa berwaspada! ⚠️

Seminggu lepas, anda redah air banjir depan rumah untuk alihkan kereta. Atau turun bersihkan longkang yang tersumbat lepas hujan lebat. Atau mandi sungai masa cuti.

Hari ini, demam tiba-tiba naik. Badan sakit-sakit. Kepala berdenyut.

Kebanyakan kita akan fikir, demam biasa. Makan ubat, tidur.

Tapi ada satu soalan yang ramai tak terfikir untuk tanya diri sendiri.

Dalam sebulan ni, aku ada sentuh air atau lumpur kotor tak?


Kenapa soalan itu penting?

Sebab leptospirosis, atau penyakit kencing tikus, tak muncul serta-merta.

Menurut KKM, tempoh pengeraman penyakit ini antara 2 hingga 30 hari. Maksudnya, anda boleh terdedah hari ini, dan hanya jatuh sakit tiga atau empat minggu kemudian. Masa tu, kita dah lupa pasal banjir tu.


Bakteria Leptospira dibawa oleh haiwan seperti tikus, dan juga boleh ada pada kucing, anjing dan lembu. Ia mencemar air, tanah atau makanan.

Manusia dijangkiti bila luka pada kulit, atau membran mukus seperti mata, hidung dan mulut, terdedah kepada bahan tercemar itu. Termasuk bila tertelan air yang tercemar.

Luka kecil di kaki yang kita tak perasan pun cukup jadi pintu masuk.


KKM menyenaraikan gejalanya: demam, menggigil, sakit badan atau otot, sakit kepala, batuk tanpa kahak, loya, muntah dan cirit-birit.

Nampak macam demam biasa. Itulah yang buat ia mudah terlepas pandang.

Dalam kes teruk, ia boleh sampai ke tahap kuning, kegagalan buah pinggang dan pendarahan paru-paru.


Jadi bila perlu syak?

Bila demam datang dalam tempoh sebulan selepas anda redah banjir, bersihkan longkang, bermain air di lopak, atau mandi sungai dan air terjun.

Waktu itu, jangan tunggu. Pergi ke fasiliti kesihatan berhampiran, dan beritahu doktor aktiviti yang anda buat. Maklumat kecil itu membantu doktor fikir ke arah yang betul. Leptospirosis boleh dirawat dengan antibiotik.


Untuk mencegah, KKM menasihatkan elak bermain air atau lalu di lopak dan air bertakung terutama selepas banjir. Jangan berenang atau main air kalau ada luka, dan tutup luka dengan pembalut kalis air. Elak minum atau guna air sungai dan air yang tak dimasak. Cuci tangan dengan sabun dan air bersih.


Demam memang perkara biasa.

Tapi demam selepas air banjir bukan demam yang boleh dibiarkan.

Save post ni untuk sesiapa yang tinggal di kawasan mudah banjir, atau yang selalu turun bersihkan rumah selepas hujan lebat.

Address

No. 36, Jalan PPAJ 2/3, Pusat Perdagangan Alam Jaya
Puncak Alam
42300

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PSF Fumigation Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PSF Fumigation Sdn. Bhd.:

Shortcuts

Share

Nearby cleaning services