06/04/2021
*SEBAB MENGAPA KITA PERLU MEMBERSIHKAN KARPET* ⁉️⁉️⁉️
Masih ramai yg langsung tidak menitik beratkan tentang kebersihan karpet walaupum sudah bertahun abad lamanya usia karpet tersebut. KENAPA? 😏 Sebab mata kasar kita nampak bersih atau pun belum kena akibatnya. Terdapat banyak kotoran karpet yang tertanam dalam celah-celah bulu / cerucuk karpet, belum kira lagi bakteria, kuman dan virus di karpet anda yang tidak mungkin mampu dihapuskan dengan menyapu atau vacuum kering sahaja. Vacuum kering yang biasa digunakan di rumah tidak mampu untuk membersihkan segenap inci karpet anda. Sekiranya vacuum bertenaga biasa tidak mampu membersihkan semua kuman yang bersarang di karpet, cuba bayangkan jika anda hanya menyapu karpet anda selama ini?
Karpet adalah tempat seisi keluarga bermain terutama apabila anak² atau cucu cicit datang bertandang ke rumah. Kondisi karpet boleh memberi kesan kepada kesihatan pemilik dan pengguna karpet terutama kepada kanak-kanak kecil yang lebih mudah terdedah kepada penyakit berbanding orang dewasa.
Perubahan cuaca, faktor keadaan semasa terutama musim "COVID" yang mana kita seisi keluarga lebih banyak meluangkan masa di rumah. Penjagaan kebersihan amat-amat penting untuk memastikan kenyamanan dan pengudaraan segar dan sihat kerana ada tiga benda yang sangat cepat memerangkap habuk/kotoran iaitu KARPET, LANGSIR , SOFA dan TILAM
Disini saya senarai kan secara ringkas mengapa kita perlu bersihkan karpet secara berkala:-
*MEMANJANGKAN JANGKA HAYAT KARPET*
Pembersihan permaidani secara berkala menggunakan kaedah pengekstrakan dapat meningkatkan usia permaidani dengan ketara.
Melindungi kualiti udara dalaman. Permaidani memerangkap bahan kotoran, habuk, bau dan juga bacteria. Bahan pencemar tersebut mesti dibuang untuk melindungi permaidani dan menjaga kualiti udara dalaman.
*MENJADIKAN KARPET ATAU PERMAIDANI SENANG DI JAGA*
Sebilangan besar karpet yang dipijak akan membawa kotoran yang terdiri daripada tanah kering dan pasir. Apabila permaidani dibersihkan secara rutin atau berkala, ia dapat memastikan karpet anda lebih selesa utk digunakan. Ia juga dapat mencegah penompokan alergen dan bakteria. Selain itu perrmaidani yang lembap dapat mengakibatkan penompokan beberapa bahan cemar yang tidak sihat. Di samping itu ia dapat meningkatkan penampilan bilik atau ruang yg di gunakan. Permaidani yang bersih dan terawat dengan baik membicarakan kebersihan keseluruhan rumah. Kebersihan rumah mencerminkan sifat kita.
Dan sebab yang paling utama mengapa kita perlu bersihkan karpet secara berkala adalah, *DAPAT MENGELAKKAN ATAU MENGURANGKAN SAKIT PENYAKIT SEPERTI ASTHMA, SINUS DAN ECZEMA.*
❗❗❗ *ISLAM JUGA MENUNTUT KITA UTK MENGUTAMAKAN KEBERSIHAN* ❗❗❗
Sepanjang tahun berapa kali anda cuci karpet atau permaidani?
Saranan saya adalah cucilah karpet anda sekurang-kurangnya sekali setiap 6-8 bulan! Kenapa?
Bergantung kepada berapa ramai penghuni rumah tersebut, 6-8 bulan adalah masa sesuai untuk mencuci karpet kerana kotoran yang kita lihat dan bersihkan dengan penyaapu / vacuum biasa adalah hanya sebahagian kecil daripada kotoran yang sebenarnya ada di karpet kita.
90% daripada kotoran karpet tertanam di celah-celah cerucuk karpet.
Karpet dah beli mahal-mahal mestilah nak jaga kualiti supaya tahan lama.
Karpet yang kotor berpotensi untuk mempengaruhi kualiti udara dalam rumah.
P/S : JANGAN TERLALU BERKIRA DGN KESIHATAN DIRI KITA 😊