Cucucuci Karpet Pagoh

Cucucuci Karpet Pagoh Mencuci dan Mewangikan karpet anda! Kami sangat Arif.
0136797553.

10/11/2020

Perhatikan SOFA anda sekarang.
Bersih atau kotor?

Kebanyakan dari kita tak sedar sofa, karpet, kusyen yang kita guna hari2 tu amatlah kotor. Yela, berapa kerap kita bersihkan. Betul tak?

Okey. Kami ada buat perkidmatan membersihkan sofa, karpet dan kusyen jugak. Tak mahal pun. Harga ikut pada saiz dan keadaan. Kalau berminat boleh klik link wasap nie www.wasap.my/60145222732/cuciKarpetKusyenSofa

29/10/2020

Part Time Crew Pembersihan Diperlukan.

Yang berminat nak join team kami boleh call atau tekan je link nie www.wasap.my/60136797553/partTimeJob.

Kerja2 adalah disekitar Eduhub Pagoh sahaja. Skop kerja taklah berat. Cuma perlukan sedikit kerajinan dan keseronokan sahaja. Bagi yang biasa mengemas rumah tu, mesti takde masalah utk join kami, insyaallah. ๐Ÿ™‚

31/08/2020

Pagi nie bantu penduduk vista dengan selesaikan kerja2 potong rumput dan meracun di Harmoni Vista, Eduhub Pagoh. Alhamdulillah. Cuaca baik, kerja selesai. ๐Ÿค—๐Ÿค  013-6797 553

Takrif Nazafah dan KebersihanKami dahulukan dengan takrifan bagi mendapat sebuah tasawwur yang jelas untuk tajuk ini.Per...
12/07/2020

Takrif Nazafah dan Kebersihan

Kami dahulukan dengan takrifan bagi mendapat sebuah tasawwur yang jelas untuk tajuk ini.

Perkataan al-Nazafah (ุงู„ู†ุธุงูุฉ) dari segi asalnya bermaksud penyucian. (Lihat Lisan al-Arab, 8/608). Perkataan lain yang merujuk kepada kebersihan dalam bahasa Arab ialah al-Taharah (ุงู„ุทู‡ุงุฑุฉ) yang membawa maksud bersih, bebas dan suci daripada najis (najis hissi seperti air kencing dan maโ€™nawi seperti keaiban dan maksiat). (Lihat Lisan al-โ€˜Arab, 5/652)

Menurut Ashmawi, al-Nazafah (ุงู„ู†ุธุงูุฉ) tidak hanya dapat diertikan bersih secara lahiriah, tapi juga bersih secara maโ€™nawiyah. (Lihat al-Bujairimi โ€˜ala al-Khatib, 1/205) Ini berdasarkan hadith:

ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุทูŽูŠู‘ูุจูŒ ูŠูุญูุจู‘ู ุงู„ุทู‘ูŽูŠู‘ูุจูŽ ุŒ ู†ูŽุธููŠููŒ ูŠูุญูุจู‘ู ุงู„ู†ู‘ูŽุธูŽุงููŽุฉูŽ ุŒ ูƒูŽุฑููŠู…ูŒ ูŠูุญูุจู‘ู ุงู„ูƒูŽุฑูŽู…ูŽ ุŒ ุฌูŽูˆูŽุงุฏูŒ ูŠูุญูุจู‘ู ุงู„ุฌููˆุฏูŽ ุŒ ููŽู†ูŽุธู‘ููููˆุง ุŒ ุฃูุฑูŽุงู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุŒ ุฃูŽูู’ู†ููŠูŽุชูŽูƒูู…ู’ ูˆูŽู„ุงูŽ ุชูŽุดูŽุจู‘ูŽู‡ููˆุง ุจูุงู„ูŠูŽู‡ููˆุฏู

Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan ia menyukai kedermawanan maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu menyerupai kaum Yahudi.

Islam utama kebersihanLIHAT kepada tuntutan umat Islam supaya mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum menunaikan solat. ...
12/07/2020

Islam utama kebersihan

LIHAT kepada tuntutan umat Islam supaya mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum menunaikan solat. Begitu juga ketika hendak membaca al-Quran.

Ia satu isyarat jelas menunjukkan kepentingan kebersihan di sisi Islam. Pendek kata, kebersihan menjamin penerimaan ibadat yang dilakukan setiap Muslim.

Firman Allah SWT yang bermaksud: โ€œWahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu dan kedua-dua belah tangan kamu meliputi siku, dan sap**ah sebahagian daripada kepala kamu, dan basuhlah kedua-dua belah kaki kamu meliputi buku laliโ€ฆโ€ (Surah al-Maโ€™idah, ayat 6)

Islam adalah cara hidup yang mencakupi pergerakan manusia dari mula bangun tidur sehingga kembali semula ke tempat tidur.

Jika ibadat solat mensyaratkan setiap umat Islam mementingkan kebersihan, begitu juga tuntutan Islam supaya kebersihan dipelihara setiap masa dalam kehidupan.

Tidak mungkin Islam hanya menitikberatkan soal kebersihan ketika seseorang Muslim hendak menunaikan ibadat sahaja sedangkan kehidupannya diselubungi kekotoran yang tidak mencerminkan imej Islam sebagai agama suci.

Kebersihan yang dituntut Islam bukan hanya membabitkan diri sendiri, bahkan persekitaran yang dikelilingi pelbagai makhluk Allah.

Umat Islam bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran kerana ia termasuk perkara yang menzahirkan kasih sayang. Itu antara perkara yang disentuh Sheikh Muhammad bin Hasan Al-Asheikh ketika menyampaikan Khutbah โ€˜Arafah di Masjid Namirah, baru-baru ini.

Khutbah disampaikan ketika Hari Arafah iaitu sehari sebelum Aidiladha. Beliau yang juga anggota Dewan Ulama Tertinggi Arab Saudi menekankan kepentingan menyebarkan kasih sayang termasuk kepada makhluk yang berada di sekeliling kehidupan.

Persekitaran melatari kehidupan manusia terdiri daripada haiwan, tumbuhan, bukit dan gunung, sungai dan laut. Selain itu, manusia p**a terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan.

Kasih sayang sesama manusia dan makhluk lain dapat dizahirkan dengan menjaga kebersihan sebaiknya. Mana mungkin perbuatan seseorang yang membuang sampah di merata tempat membuktikan kasih sayangnya terhadap manusia lain.

Sampah yang dibuang itu menyebabkan bau busuk dan boleh mendatangkan lalat dan kuman berbahaya kepada kesihatan manusia.

Ia juga menjadikan persekitaran dilihat tidak indah. Hal seperti itu turut membahayakan haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang berada di tempat yang kotor.

Satu perkara yang mungkin tidak dipandang sebahagian manusia ialah keadaan tempat perhimpunan jemaah haji seperti di Padang Arafah dan tempat lain.

Dalam keadaan jemaah haji menunaikan ibadat bagi mendekatkan diri kepada Allah, masih ada perkara yang perlu diperbaiki kerana ia juga satu tuntutan Islam.

Kebersihan tempat ibadat perlu diambil perhatian serius oleh jemaah haji. Menerusi beberapa gambar yang tersebar di Internet, longgokan sampah-sarap bertaburan di tempat perhimpunan jemaah haji memberi isyarat perlunya aspek kebersihan menjadi agenda jemaah haji dan bakal jemaah pada musim akan datang.

Gambaran kekotoran tempat ibadat itu dilihat sebagai keadaan yang tidak baik kerana ia tidak mencerminkan ajaran Islam sebenar.

Masalah sebegini boleh selesai jika jemaah haji menanamkan sifat kasih sayang sesama makhluk seperti ditekankan Sheikh Muhammad bin Hasan Al-Asheikh dalam khutbah โ€˜Arafah itu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: โ€œOrang yang penyayang nescaya akan disayangi p**a oleh ar-Rahman (Allah). Maka sayangilah penduduk bumi, nescaya penduduk langit juga akan menyayangi kalian.โ€ (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Sebenarnya, kebersihan berkait rapat dengan sikap individu. Ramai orang boleh menjaga kebersihan rumahnya, namun gagal menjaga kebersihan tempat awam.

Lihat betapa sikap mementingkan diri sendiri memadamkan hak orang lain menikmati tahap kebersihan yang baik. Lebih parah lagi, keadaan sebegini merencatkan hubungan kasih sayang sesama insan dan makhluk lain.

Cuba perhatikan apabila selesai sesuatu perhimpunan yang membabitkan orang ramai termasuk di masjid, sampah bertaburan di sana sini sedangkan tong sampah sudah disediakan.

Semua itu bukan salah Islam, sebaliknya berpunca daripada sikap umat Islam yang tidak peka terhadap ajaran Islam. Islam mengajar umatnya mengalihkan sesuatu yang memudaratkan orang lain di jalanan.

Jika ada sesuatu yang mengganggu orang lain, maka buang atau alihkan gangguan berkenaan. Sabda Rasulullah bermaksud: โ€œIman itu 70 dan beberapa cabang, yang paling tinggi ialah kalimah La ilaha illallah, yang paling rendah ialah menyingkirkan gangguan dari jalanan.โ€ (Muttafaqun โ€˜alaih)

Peringatan Islam supaya umatnya menjaga kebersihan termasuk kawasan persekitaran adalah perkara besar kerana ia mencerminkan imej Islam yang bersih dan suci.

Penulis pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Ogos 2019 @ 8:56 AM
Credit : My Metro

Address

Pagoh
84600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cucucuci Karpet Pagoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share