21/03/2026
🌙 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir & Batin daripada CLEAN EXPERT
Pihak CLEAN EXPERT ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan, rakan kerjasama dan warga korporat yang telah memberi kepercayaan kepada kami sepanjang ini.
Kami amat menghargai sokongan berterusan daripada pihak tuan/puan dalam menggunakan perkhidmatan pembersihan kami bagi rumah, pejabat dan premis perniagaan.
Sepanjang tempoh kerjasama ini, sekiranya terdapat sebarang kekurangan dari segi perkhidmatan, komunikasi atau penyelarasan kerja, pihak kami dengan rendah hati memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan.
Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan bersama keluarga serta yang tersayang.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin daripada
CLEAN EXPERT