27/06/2023
Hi, Procleaners Kuantan here!
Ramai yang tak tahu kan, sebenarnya banyak manfaat untuk kesihatan sekiranya anda sentiasa menjaga kebersihan rumah🧐
Di sini Procleaners kongsikan 6 maafaat menjaga kebersihan rumah kepada kesihatan kita✨
1) Anda akan kurang “stress”
- Sebenarnya kajian mengatakan apa yang kita lihat disekeliling sebenarnya memberi kesan kepada mental kita. Oleh itu, bilik yang bersih mempengaruhi minda yang positive.
2) Anda akan lebih aktif!
- Nampak mudah tetapi ianya berkesan: mencuci dan mengemas membuatkan anda bergerak. Ianya juga memberi kesan yang sama seperti pergi ke gym. Oleh itu, secara tidak langsung kita membuatkan badan dan mental kita lebih cerdas sepanjang minggu.
3) Anda akan lebih produktif.
- Bila rumah anda dalam keadaan bersih dan tersusun, automatik minda kita akan berasa tenang dan lebih fokus untuk menyampaikan kerja dengan lebih cepat.
4) Anda akan lebih sihat.
- Pernah tak anda perasan orang “stress”, akan sentiasa cenderung makan makanan ringan seperti coklat, aiskrim dan minuman manis?
Ini disebabkan tindak balas semula jadi badan kita kepada tekanan seperti yang kita bincangkan di atas (1). Oleh itu, bila rumah bersih dan teratur kita akan lebih sihat dan akan hanya mengambil makanan yang sihat✨
5) Tidur anda akan lebih berkualiti.
- Rumah bersih anda akan lebih mudah tidur dan tidak memikirkan lagi tentang hal rumah yamg masih tertangguh.
6) Anda akan kurang sakit.
- Rumah yang bersih tidak akan meninggalkan bakteria dan kuman untuk berselindung dan membiak. Oleh itu, tubuh kita juga akan kurang dari terkena jangkitan kuman✨
Semoga bermanfaat‼️