Nur Rezeki Cleaning Services

Nur Rezeki Cleaning Services Misi kami menjalankan perkhidmatan mencuci dan membersih yang berkualiti konsisten

21/12/2025

PESAN KEPADA ANAK HIDUP MESTI ADA PRINSIP.
Satu kaedah yang paling berkesan untuk menanam prinsip hidup ialah menggunakan kata-kata hikmah kepada anak-anak.

Ungkapan-ungkapan yang baik itu mesti sentiasa diulang-ulang agar masuk ke dalam minda separa sedar (subconscious mind) anak-anak.

Contohnya, dunia tempat berpenat, akhirat tempat berehat, cinta Rasulullah adalah jalan mencintai Allah dan banyak lagi. Pasakkan prinsip hidup ini berulang kali.

Anak-anak akan sering melakukan kesalahan walaupun telah diperingatkan berkali-kali.

Jadi kita perlu menasihatinya berulang-ulang kali juga sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah,

Baginda mengamalkan kaedah mengulang kata-kata yang baik dalam mendidik.

Ya, pengulangan ialah ibu pengetahuan.

Marilah kita fikirkan, apakah kata-kata yang boleh menaikkan semangat anak-anak supaya mereka mempunyai prinsip dalam hidup. Prinsip hidup inilah yang akan dibawa ke mana-mana.

Tidak kira semasa belajar, sudah bekerja, berumah tangga, mempunyai anak-anak dan sebagainya. Hidup orang yang berprinsip lebih teguh, tahan uji, lebih dinamik dan konsisten.

Antaranya apa yang dipesankan oleh Rasulullah kepada Ibnu 'Abbas r.a:
Ertinya: “Wahai anak, aku (mahu) mengajarkan kamu dengan satu pesanan. Jagalah (tanggungjawab terhadap) Allah, Allah pasti akan menjaga kamu. Jagalah (tanggungjawab terhadap) Allah, kamu pasti akan mendapati-Nya di hadapan mu. Jika kamu ingin meminta sesuatu, mintalah kepada Allah. Dan jika kamu ingin mendapatkan pertolongan, dapatkanlah daripada Allah.”
(Riwayat al-Tirmizi)

Inilah hadis Rasulullah SAW yang sangat baik untuk diterapkan kepada anak-anak sebagai prinsip hidup.

Dengan prinsip sebegini, mereka boleh menghadapi apa jua keadaan dengan sabar, tidak melatah dan tidak terburu-buru membuat keputusan.

Hadis ini mempunyai impak yang kuat pada jiwa anak-anak agar mempercayai qadak dan qadar Allah SWT.

Lebih banyak ada dalam buku ini - https://ezy.la/wahai-ibu-jadilah-madrasah-anakmu

21/12/2025

Address

Taman Shamelin Perkasa
Kuala Lumpur
56100

Telephone

+601139455291

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nur Rezeki Cleaning Services posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nur Rezeki Cleaning Services:

Shortcuts

Share