Kluangman tukang cuci rumah

Call Directions

Kluangman tukang cuci rumah Tukang cuci , Transporter, runner , tukang beli Barang pasar , tukang cat, tukang ambik dan Hantar Barang, surprise gift

http://www.wasap.my/60142734877

Tukang cuci , Transporter, runner , tukang beli Barang pasar , tukang cat, tukang ambik dan Hantar Barang, surprise gift
WhatsApp:- http://www.wasap.my/+601160716712/cucirumah

+60 11-6071 6712

DOABERDOA... MINTALAH PADA DIA, NESCAYA DIA PERKENANKANSetiap hari kita berdoa meminta pertolongan daripada Allah. Dan s...
24/07/2026

DOA

BERDOA... MINTALAH PADA DIA, NESCAYA DIA PERKENANKAN

Setiap hari kita berdoa meminta pertolongan daripada Allah. Dan setiap hari juga, tanpa kita sedari, Dia sedang mengatur jalan terbaik untuk kita.

Namun, manusia sering lupa.

Kita selalu membebel dengan hasil yang kita dapat. Rasa tidak cukup. Rasa usaha yang dicurahkan tidak setimpal dengan rezeki yang diterima. Sudah bekerja sehabis rajin, siang malam berusaha, tetapi keuntungan masih tidak seberapa.

Kemudian kita melihat orang lain.

Rumah mereka lebih besar. Kereta mereka lebih mewah. Perniagaan mereka berkembang pesat. Kehidupan mereka kelihatan sempurna. Lalu timbul rasa kecil hati. Timbul persoalan dalam hati, "Kenapa bukan aku?"

Tetapi kita hanya melihat apa yang dipamerkan, bukan apa yang mereka tanggung.

Hakikatnya, ketika kita merasakan hidup ini serba kekurangan, mungkin mereka yang kelihatan senang itu sedang bergelut dengan ujian yang kita tidak pernah tahu.

Sedangkan kita masih mempunyai keluarga yang menyayangi. Masih ada masa untuk bersama orang tersayang. Masih ada makanan di atas meja. Masih ada pakaian untuk dipakai. Masih ada bumbung untuk berteduh.

Bukankah itu juga rezeki?

Syukur bukan bermaksud berhenti berusaha. Syukur bermaksud menghargai apa yang ada, sambil terus berdoa dan berikhtiar untuk mendapatkan yang lebih baik.

Jika hari ini terasa sempit, jangan mengeluh.

Angkatlah kedua-dua tangan. Mintalah kepada Allah. Kerana Dialah Pemilik segala rezeki. Dia Maha Mendengar. Dia Maha Mengetahui. Dan Dia tidak pernah mengecewakan hamba yang bersungguh-sungguh memohon kepada-Nya.

Mungkin bukan hari ini. Mungkin bukan esok. Tetapi pada waktu yang paling tepat menurut hikmah-Nya.

Mintalah kepada-Nya. Insya-Allah, Dia akan memperkenankan dengan cara yang terbaik.

Coretan Cerpen
Speed Runner BP Services
"Aku Seorang Runner."

02/07/2026

KERETA ORANG MATI

Cara tukar nama geran kereta motor owner meninggal dunia

Tukar Nama Geran Kereta Motor

Individu yang mahu menukar hakmilik kereta atau motosikal daripada nama asal pemilik (owner) geran kenderaan yang telah meninggal dunia perlu mengikut prosedur ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia

Pertukaran pemilikan kenderaan tersebut perlu dibuat sekiranya kenderaan itu menjadi kegunaan harian pengguna sekarang bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku

Selain membolehkan pembaharui cukai jalan dibuat dan perlindungan insuran sepenuhnya ketika menggunakan kenderaan tersebut di jalan raya

Sebagai peringatan, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya cukai jalan tamat tempoh tetapi kenderaan tersebut masih digunakan di atas jalan raya

CARA DAN PROSEDUR TUKAR NAMA GERAN (VOC) KERETA / MOTOSIKAL PEMILIK (OWNER) MENINGGAL DUNIA

Berikut adalah panduan tukar hak milik untuk penama asal geran kenderaan yang telah meninggal dunia kepada nama pengguna sedia ada bagi kenderaan tersebut

A-Senarai Borang Pertukaran Milikan Dan Dokumen Pengesahan / Sokongan

Pemohon perlu melengkapkan beberapa borang bersertakan dokumen pengesahan pentadbir / pemilikan atau sokongan yang diperlukan antaranya seperti berikut

Nombor 1
Dua salinan borang Senarai Semak TM-3 (Pind.1/2009)

Nombor 2
Dua salinan borang JPJK3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik baru (penerima pusaka)

Nombor 3
Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2 / Geran) atau yang terbaharu Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

Nombor 4
Dokumen pengesahan pemilikan / pentadbir yang asal jika berkenaan atau salah satu daripadanya seperti berikut
i. Surat Perintah Mahkamah
ii. Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate)
iii. Surat Akuan / Arahan oleh Amanah Raya Berhad
iV. Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of Administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil

Nombor 5
Laporan B5 Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuat kuasa / sah

Nombor 6
Salinan dokumen pengenalan identiti pemilik baru menggunakan TM-AB (jika tidak hadir semasa permohonan dikemukakan) * bagi kategori individu dan perniagaan milikan tunggal sahaja; TM-AB

*Pemohon dinasihatkan hadir sendiri ke cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk urusan pertukaran hak milik bagi melancarkan proses permohonan. Sekiranya pemohon menghantar wakil untuk urusan tersebut ia memerlukan pengisian borang lain serta maklumat pengesahan identiti*

INFO DAN PANDUAN TUKAR NAMA GERAN / VOC KENDERAAN KEMATIAN PEMILIK

-Pembaharuan (Renew) Cukai Jalan
Pembaharuan cukai jalan (Road Tax) bagi kenderaan yang masih berdaftar atas nama pemilik meninggal dunia hanya boleh diperbaharui sekali sahaja untuk tempoh 6 bulan oleh waris terdekat selepas tarikh akhir cukai jalan berkenaan
Urusan pembaharuan cukai jalan tersebut hanya boleh dibuat di kaunter JPJ sahaja
Selepas tempoh 6 bulan itu tamat, pembaharuan cukai jalan ke atas kenderaan terbabit tidak boleh dibuat lagi. Bagi membolehkan pembaharuan cukai jalan boleh dibuat semula, waris (bakal pemunya baharu) perlu membuat permohonan pertukaran milikan bagi kenderaan tersebut
Waris (bakal pemunya baharu) dinasihatkan membuat permohonan pertukaran milikan dalam tempoh berkenaan atau sebelumnya bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang tidak diingini

-Siapa Yang Berhak Keatas Kenderaan Berdaftar Yang Ditinggalkan Oleh Si Mati
Sekiranya si mati meninggalkan wasiat rasmi yang membuktikan bahawa kenderaan tersebut adalah milik waris yang ditetapkan ia akan memudahkan lagi urusan pertukaran milikan kerana dokumen rasmi seperti perintah surat pentadbir harta pusaka sudah ada
Jika tidak, waris si mati boleh membuat permohonan yang berkenaan dan salah satu caranya adalah dengan membuat permohonan di Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil / Pejabat Tanah berdekatan (cara pilihan MYsumber) bagi menetapkan siapa yang berhak (agihan) terhadap harta yang ditinggalkan. Dalam perkara ini kenderaan contohnya kereta (kategori Harta Alih)
Maklumat lanjut tentang prosedur permohonan dan senarai dokumen yang diperlukan, sila rujuk dengan pihak Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil / Pejabat Tanah

Setelah selesai proses agihkan harta mengikut waris (penerima) dalam tempoh jangkamasa tertentu, waris akan menerima Surat Kuasa / Kebenaran / Pengesahan / Perintah Mahkamah / Surat Pentadbir Pusaka ke atas setiap pemilikan harta yang ditinggalkan oleh si mati
Waris (Individu) yang dapat kenderaan atas nama si mati perlu buat proses pertukaran nama (hakmilik) dengan menggunakan Surat Kuasa / Kebenaran / Pengesahan / Perintah Mahkamah / Surat Pentadbir Pusaka sebagai bukti pengesahan / sokongan atas pemilikan baharu untuk membolehkan kenderaan itu menjadi hak sepenuhnya pemunya baru dan sah digunakan atas jalan raya

-Puspakom
Sebelum pindah milik, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori. Pada akhir pemeriksaan, pihak Puspakom akan mengeluarkan laporan B5, yang diperlukan oleh JPJ apabila memindahkan pemilikan kenderaan
Sila bawa kenderaan (kecuali Motosikal) dan geran asal untuk urusan pemeriksaan di Puspakom
Sila selesaikan dulu urusan Permohonan Pembahagian Harta Pusaka Kecil baru buat pemeriksaan kenderaan di Puspakom kerana urusan Pembahagian Harta Pusaka Kecil mungkin mengambil masa yang berbulan-bulan berbanding tempoh sah laporan B5 Puspakom digunapakai hanya 30 hari sahaja.

-JPJ
Setelah menerima pengesahan milikan sebagai pemunya baru kenderaan tersebut dari pentadbiran pusaka atau perintah mahkamah serta kelulusan pemeriksaan kenderaan berdasarkan Laporan Pemeriksaan Tukar Milik (B5) dari Puspakom, pemohon boleh mula membuat urusan Pertukaran Milikan di cawangan JPJ berdekatan.
Bawa juga sijil kematian asal pemilik kenderaan yang meninggal dunia, mana tahu mungkin ia diperlukan dalam urusan pertukaran hak milik.
Borang yang telah dilengkapkan bersama dokumen asal yang diperlukan dengan bayaran perkhidmatan hendaklah diserahkan kepada pegawai JPJ yang bertugas untuk membuat proses pertukaran hakmilik dengan segera
Untuk urusan cukai jalan boleh tanya pengawai JPJ berkenaan manakala insuran rujuk kepada syarikat insurans yang dipilih oleh pemohon.

-Myeg
Proses pertukaran milikan seperti info yang dinyatakan tidak boleh dibuat secara online di portal Myeg kerana ia memerlukan pengesahan MyKad dan cap jari (biometrik) pemohon dan perlu dirujuk di cawangan JPJ yang terdekat
Pertukaran milikan bagi pemilik yang telah meninggal dunia tidak termasuk di bawah Tukar Milik Sukarela dan ia memerlukan semakan dokumen sokongan / sampingan oleh pihak JPJ

-Orang Ke-3
Orang ketiga disini bermaksud individu yang membeli kenderaan (kereta / motosikal sambung bayar) tetapi tidak sempat membuat pertukaran milikan keatas kenderaan terbabit kerana pemilik sebelum ini (penjual) telah meninggal dunia dan geran masih atas nama si mati
Salah satu cara bagi menyelesaikan masalah ini, pembeli perlu mendapatkan bantuan waris si mati, menukarkan nama si mati terlebih dahulu kepada nama waris mengikut prosedur seperti yang dinyatakan diatas
Setelah proses tersebut diselesaikan barulah urusan pertukaran milikan kenderaan boleh dibuat membabitkan waris si mati dengan pembeli tersebut (perkara ini memerlukan budi bicara waris si mati)

Runner Puspakom JPJ Road tax insurance Online
Runner ROAD TAX Online
Speed Runner BP Services

Whatsapp :- 014-2734877

Runner PUSPAKOM

Road tax insurance Online / PUSPAKOM Inspection

JANGAN SUSAH HATI

biar kami uruskan semuanya.

"Kami uruskan penghantar KENDERAN / ROAD TAX hingga ke pintu rumah anda"

- ROAD TAX KERETA / MOTOSIKAL DAH TAMAT TEMPOH

- INSURANCE DAH HABIS TARIKH

- TUKAR NAMA PEMILIK KENDERAAN

- B2/B5/B7 PEMERIKSAAN

- INTERCHANGE / PINDAAN NOMBOR

- PEMERIKSAAN AWALAN DAN BERKALA KENDERAAN PERDAGANGAN

- GRAB / E-HAILLING INSPECTION

- JUAL KERETA BARU DAN TERPAKAI

- CUKAI KENDERAAN TAMAT LEWAT LEBIH 3 TAHUN

- LESEN MEMANDU TAMAT TEMPOH

- TUKAR GERAN

- TUKAR DATA MAKLUMAT ENGIN / TRANSMISI

Speed Runner BP Services

(JM0923597-H)

FB PAGE:-

https://web.facebook.com/speedrunnerbpservices/

https://web.facebook.com/runnerroadtaxonline/

hubungi kami Whatsaaps

http://www.wasap.my/0142734877/RUNNERPUSPAKOM

Kami adalah Agent komisyen Berlesen berdaftar dengan SSM / syarikat Runner .100% milik Bumiputra

15/06/2026

Watch, follow, and discover more trending content.

14/06/2026
🏠✨ RUMAH KOTOR? BIAR KAMI SETTLEKAN! ✨🏠https://www.facebook.com/kluangmanservices/Nak pindah rumah tapi tak sempat cuci?...
14/06/2026

🏠✨ RUMAH KOTOR? BIAR KAMI SETTLEKAN! ✨🏠
https://www.facebook.com/kluangmanservices/

Nak pindah rumah tapi tak sempat cuci?
Rumah baru nak masuk tapi masih berhabuk?
Halaman semak? Cat rumah dah kusam?
🔥 Serahkan pada KLUANGMAN TUKANG CUCI 🔥
Kerja cepat • Bersih • Teliti • Harga berpatutan
✅ Cuci rumah kosong & berpenghuni
✅ Cuci selepas pindah keluar / masuk
✅ Cat rumah
✅ Potong rumput
✅ Servis kemas & puas hati
📲 WhatsApp sekarang:
KLUANGMAN WhatsApp⁠�
📞 011-6071 6712
👍 page:
KLUANGMAN TUKANG CUCI⁠�







Tukang cuci , Transporter, runner , tukang beli Barang pasar , tukang cat, tukang ambik dan Hantar Barang, surprise gift
WhatsApp:- http://www.wasap.my/+601160716712/cucirumah

+60 11-6071 6712

Address

Kluang
86000

Telephone

+601160716712

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kluangman tukang cuci rumah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share