21/10/2015
Hi followers,
JEREBU!!
Mesti pening kepala sekarang dalam keadaan cuaca tidak menentu seperti musim jerebu ni kan?pakaian-pakaian susah nak kering selepas dibasuh.
walaupun pakaian kering tetapi mesti berbau hapak kerana haba dari cahaya matahari tidak mencukupi.
Oleh itu, kali ni admin nak share dengan followers cara-cara menjemur pakaian dalam musim jerebu macam sekarang nie.
TIPS #1
Gunakan mesin pengering pakaian.
Salah satu cara agar pakaian kering lebih cepat iaitu menggunakan mesin pengering.
terdapat mesin basuh dirumah terutama jenis front loading yang mempunyai fungsi 2 dalam 1..membasuh dan mengering.
pada yang tidak mempunyai pengering dirumah..anda boleh membawa pakaian anda yang sudah dibasuh untuk dikeringkan di kedai-kedai dobi.
TIPS #2
Gunakan pewangi pakaian.
Selain menggunakan mesin pengering, Anda juga dapat menambahkan pewangi pakaian saat bilasan terakhir, saat akan menyetrika pakaian tersebut dan semasa menjemur.
Pewangi disini bukan bermaksud pelembut/softner(macam soflan).Pelembut dan Pewangi adalah dua benda yang berbeza smile emoticon
TIPS #3
Terbalikkan pakaian
Sebelum menjemur pakaian, terbalikkan dahulu belah dalam pakaian dikeluarkan.Ini supaya, corak dan warna baju anda tidak rosak terkena cahaya matahari.
TIPS #4
Elakkan dari menjemur pakaian terus dibawah cahaya matahari.
Amalkan menjemur pakaian dibawah bumbung.Kita hanya memerlukan haba untuk mengeringkan pakaian bukan cahaya matahari terus kena pada pakaian,
Selamat mencuba smile emoticon