23/07/2026
Frame pintu & frame tingkap merupakan antara sasaran utama anai-anai. Kenapa?
Ramai pemilik rumah ingat anai-anai akan terus menyerang almari atau perabot. Hakikatnya, frame pintu dan frame tingkap selalunya menjadi “laluan pertama” serangan, terutamanya bagi rumah yang menggunakan rangka kayu.
Sebabnya:
✅ Frame pintu dan tingkap bersentuhan rapat dengan struktur dinding dan lantai, menjadikannya laluan paling mudah untuk anai-anai tanah (Subterranean Termites) masuk tanpa disedari.
✅ Bahagian ini biasanya mempunyai kelembapan yang lebih tinggi akibat hujan, wap air atau kebocoran kecil. Kayu yang lembap lebih mudah diserang.
✅ Anai-anai makan dari bahagian dalam kayu, menyebabkan permukaan luar masih kelihatan cantik. Bila ditekan atau diketuk, barulah kayu pecah dan didapati bahagian dalam telah kosong.
✅ Selepas koloni berjaya menguasai frame pintu atau tingkap, barulah mereka akan bergerak ke kusyen kayu, kabinet dapur, almari, siling dan perabot lain melalui rangka kayu yang bersambung.
📍Kes inspection semalam di rumah Semi-D pelanggan, frame pintu telah mengalami kerosakan yang agak serius. Dari luar nampak hanya cat yang rosak, tetapi apabila diperiksa, struktur dalam kayu sebenarnya telah dimakan anai-anai. Ini menunjukkan koloni telah berada di situ untuk tempoh yang lama sebelum kerosakan menjadi jelas.
Jangan tunggu sehingga pintu longgar atau frame runtuh. Pemeriksaan awal mampu mengesan serangan sebelum kerosakan menjadi lebih besar dan kos pembaikan meningkat.