08/05/2026
RAMAI YANG TEWAS
Ingat lagi x, ramai yang jatuh terduduk, terkesan di sebab kan pandemik COVID-19 = CoronaVirus Disease 2019. Disebabkan virus nama SARS-CoV-2.
Mula-mula detect kat Wuhan, China hujung 2019, lepas tu merebak satu dunia jadi pandemik.
kita imbas sikit,Mula-mula detect kat Wuhan, China hujung 2019, lepas tu merebak satu dunia jadi pandemik.
Macam mana dia merebak?
1. Titikan air bila orang batuk, bersin, cakap kuat
2. Sentuh permukaan ada virus, lepas tu pegang muka
3. Tempat sesak, takde pengudaraan paling senang kena
Simptom biasa:
Demam, batuk kering, hilang deria bau/rasa, sakit badan, sesak nafas.
Tapi ada orang takde simptom langsung tapi boleh sebarkan.
COVID kat Malaysia - Timeline ringkas:
1. Jan 2020: Kes pertama, pelancong China
2. Mac 2020: PKP 1.0 mula - 1st lockdown. Semua duduk rumah, kedai tutup, rentas negeri tak boleh
3. 2020-2021: PKP, PKPB, PKPP ulang-ulang ikut kes naik turun
4. Feb 2021: Vaksin mula - Pfizer, Sinovac, AZ. Cucuk ramai-ramai kat PPV
5. Ogos 2021: Kes paling tinggi, >24k sehari. Hospital penuh
6. Okt 2021: Rentas negeri dibuka balik untuk yang dah 2 dos
7. Apr 2022: Masuk fasa endemik - hidup dengan COVID macam demam biasa
8. 2023-sekarang: Tak wajib mask dah, cuma digalakkan tempat sesak/hospital
Kesan COVID dulu:
1. Ekonomi: Ramai hilang kerja, bisnes tutup, BPN/BKC bantuan kerajaan
2. Sekolah: PdPR online, budak-budak belajar Google Meet
3. Mental: Ramai stress, anxiety sebab terkurung + takut
4. Norma baru: Pakai mask, check MySejahtera, sanitizer, WFH
COVID sekarang 2026:
Dah jadi endemik = macam selesema/denggi. Masih ada kes, tapi tak teruk sebab ramai dah vaksin + pernah kena. Kalau kena pun kuarantin 5 hari je kat rumah. Variant baru ada tapi tak seteruk Delta dulu.
Lesson dari COVID: Jaga kebersihan, vaksin penting, sistem kesihatan kena kuat.
Korang ingat tak masa PKP dulu buat apa? Ramai jadi baker, tanam pokok,banyak skill baru muncul bisnes online, belajar masak, tiba2 jadi chef.
Tapi kami diberi peluang menjadi fronliner slumber je keluar masa PKp. kami di beri tugas sanitize tempat yang ada kes.