26/07/2026
Jangan risau!!
Alnass Pest Mobil Teluk Intan tak akan sembur ke mulut anda sekalipun lipas dah masuk mulut!!
Kami hanya akan sembur di tempat2 yang jadi sarang lipas sahaja.:)
Sumber dari Public Health Malaysia
TERTELAN LIPAS, DIA SEMBUR RACUN SERANGGA KE DALAM MULUT
Seorang wanita di China dilaporkan dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal selepas melakukan tindakan panik yang jauh lebih berbahaya daripada kejadian asal.
Wanita itu dikatakan tertelan seekor lipas secara tidak sengaja.
Kerana takut lipas tersebut masih hidup di dalam perut, dia menyembur racun serangga terus ke dalam mulut, kemudian menelannya.
Perlu difahami, serangga yang tertelan akan masuk ke sistem penghadaman. Ia tidak akan berkeliaran bebas ke seluruh badan seperti yang sering dibayangkan.
Sebaliknya, menelan racun serangga boleh menyebabkan:
• Iritasi dan rasa terbakar pada mulut serta tekak
• Muntah, sakit perut dan cirit-birit
• Batuk atau kesukaran bernafas
• Mengantuk, keliru atau tidak sedarkan diri
• Menggeletar dan sawan dalam keracunan yang serius
Sekiranya tertelan serangga secara tidak sengaja:
✅ Bertenang
✅ Kumur dan bersihkan mulut
✅ Pantau gejala seperti tercekik, sesak nafas atau muntah berterusan
✅ Dapatkan pemeriksaan jika mengalami gejala atau mempunyai alahan
Sekiranya tertelan racun atau bahan kimia:
❌ Jangan paksa diri muntah
❌ Jangan cuba “neutralise” dengan bahan lain
❌ Jangan tunggu sehingga gejala menjadi teruk
✅ Hubungi 999 atau terus ke Jabatan Kecemasan
✅ Bawa bekas atau label produk bersama
Rawatan keracunan bergantung pada jenis bahan, jumlah yang tertelan dan keadaan pesakit. Walaupun belum bergejala, pemantauan perubatan mungkin masih diperlukan.
Dalam situasi cemas, jangan tambah satu kemalangan kecil menjadi keracunan yang mengancam nyawa.