JUTA Laundry Pantai Bersih

JUTA Laundry Pantai Bersih menyediakan perkhidmatan dobi layan diri, tempat yg selesa dan banyak kedai makan dan suasana pantai

Salam semuaSaya kini Agen sah produk LG Puricare. Kalau ada yang berminat nak dapatkan barangan elektrik LG secara ansur...
06/06/2024

Salam semua

Saya kini Agen sah produk LG Puricare. Kalau ada yang berminat nak dapatkan barangan elektrik LG secara ansuran, boleh PM saya.

Penghantaran & Pemasangan percuma. Insyaallah sy akan uruskan.

NAMA: Yusoff
ID : M211606
PHONE : 0194488451

30/08/2021

Pagi tadi saya terbaca satu perkongsian oleh Saudari Nor Nur berkenaan perbahasan mesin basuh dan pakaian bernajis. Ia adalah rumusan dari satu pembentangan kertas kerja oleh Dr. Hapiz Kodiang berkenaan fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan M***i P. Pinang.

Setelah selesai menonton keseluruhan pembentangan kertas kerja tersebut, bolehlah saya tambahkan beberapa point penting lain yang mungkin tidak dimasukkan ke dalam penulisan berkenaan untuk memberi lebih kefahaman kepada mereka yang tak sempat menontonnya.

1. Fatwa keharusan menggunakan mesin basuh untuk terus mencuci pakaian bernajis ini adalah hasil kajian oleh pakar dari bidang syariah, bidang kimia dan juga bidang sains gunaan.

2. Kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti kewujudan najis selepas basuhan adalah menerusi kajian sains forensik DNA.

3. Sampel yang digunakan dalam kajian adalah darah manusia, najis budak dan air kencing. Kategori najis mutawassitah yang sering dihadapi oleh masyarakat.

4. Medium yang digunakan p**a adalah fabrik dari jenis kapas biasa yang berpoket dan fabrik tebal jenis denim. Mewakili fabrik yang sering digunakan oleh kebiasaan masyarakat di kuar sana.

5. Mesin basuh yang digunakan p**a adalah jenis domestik top load jenama Sharp 8kg Fully Auto Washing Machine Washer Es818x dan mesin basuh kedai layan diri front load Electrolux 5th-Generation W5130S. Manakala cecair pencuci yang digunakan adalah jenama Dynamo.

6. Mod basuhan yang digunakan pada mesin basuh adalah mod standard manakala mesin layan diri menggunakan modnya yang telah ditetapkan. Oh, pakaian bernajis tersebut juga dibasuh bersama pakaian lain.

7. Dikatakan sebanyak 5ml s**atan darah manusia telah digunakan bagi setiap sampel. Manakala najis budak yang digunakan juga jelas kelihatan ainnya.

8. Sampel diuji sebaik sahaja basuhan selesai tanpa ada apa-apa campur tangan pengeringan dari matahari yang mungkin boleh merosakkan hasil dapatan dari sampel.

9. Hasil dapatan menunjukkan pakaian yang bernajis ain telah menjadi suci setelah dibasuh menggunakan mesin basuh domestik dan mesin basuh layan diri. Dengan kata lain, tiada langsung kesan najis yang tinggal selepas dicuci dengan mesin tersebut.

10. Jika ada pihak yang ingin menyangkal kajian ini, diminta untuk mendatangkan kajian yang lebih ilmiah, terperinci dan saintifik yang menafikan hasil di atas.

11. Mesin basuh yang biasa digunakan oleh orang ramai sama ada di rumah atau di kedai dobi layan diri sudahpun bermazhab Syafie di mana air yang akan mendatangi pakaian bernajis dan bukan pakaian bernajis yang mendatangi air. Yakni, kita yang memasukkan pakaian bernajis terlebih dahulu, barulah air masuk untuk mencucinya.

12. Mesin basuh ini juga bermazhab Syafie kerana telah menepati kaedah taharah yang sepatutnya iaitu air basuhan disalin dengan beberapa kali bilasan.

13. Hasil kajian juga mendapati sampel darah pada pakaian memang s**ar dihilangkan melalui basuhan biasa. Namun ujian mendapati pakaian tersebut telahpun suci dari segala DNA najis apabila dibandingkan dengan sampel kawalan. Ini bermakna jika kesan warna darah sahaja yang masih tinggal, sedangkan bau dan rasanya sudah pun hilang, maka ia sudah pun suci dan warna tersebut dimaafkan. Ianya selari dengan pendapat ulama silam.

14. Harus juga bagi orang Islam untuk menggunakan mesin basuh di kedai dobi layan diri walaupun turut digunakan oleh orang bukan Islam. Selagi mana kita tidak melihat sendiri dan mempunyai keyakinan bahawa ada najis mughallazah pada pakaian yang dibasuh oleh mereka.

15. Tidak dinafikan bahawa basuhan secara tradisional adalah terlebih baik dan terlebih meyakinkan dalam menghilangkan najis. Namun kajian ini lahir dari perbahasan berdasarkan realiti semasa dan praktikaliti umum masyarakat di luar sana.

Semoga dengan ini terhilanglah dzan-dzan dan segala syak wasangka yang sentiasa menghantui kita selama ini.

Akhir kata, walaupun kita masih mengambil jalan berhati-hati dengan membuat basuhan yang sewajarnya, namun kajian ini merupakan satu rahmat buat mereka yang 'susah' di luar sana.

Mungkin ada yang anaknya ramai, ibu tunggal, hanya ada mesin basuh di kedai, kurang pendedahan dan lain-lain lagi yang tak senasib dengan kita. Dan sekurang-kurangnya masing-masing dah boleh berlapang dada.

Link video:
https://www.facebook.com/971387613008936/posts/1803590453121977

Wallahu'alam.

18/06/2021

PELUANG UNTUK ANDA MENYERTAI TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA DALAM PELBAGAI BIDANG KETENTERAAN

BORANG PERMOHONAN PERAJURIT MUDA TUDM SIRI 65/22 (LELAKI) DIBUKA BERMULA 18 JUN 21 SEHINGGA 31 OGOS 21

ANDA LAYAK UNTUK MEMOHON SEKIRANYA ANDA
1. WARGANEGARA MALAYSIA
2. BERUMUR ANTARA 18-25 TAHUN

SYARAT FIZIKAL
1. Tinggi:
β—¦ Ukuran Tinggi Minima 1.62 m
2. Berat:
β—¦ Berat Badan Minima 47.5 kg
3. Indeks J***m Badan (BMI) πŸ˜—
β—¦ Indeks J***m Badan antara 18 hingga 25

SKIM KELAYAKAN AKADEMIK

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

SVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]

SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]

DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

SILA ISI BORANG PERMOHONAN MELALUI AKAUN PEMOHON DI LAMAN SESAWANG

kerjaya.airforce.mil.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 OGOS 2021

Waktu operasi Juta Laundry Pantai BersihSepanjang PKP 3.0
18/05/2021

Waktu operasi Juta Laundry Pantai Bersih
Sepanjang PKP 3.0

Kerjaya bersama TUDM
01/03/2021

Kerjaya bersama TUDM

AssalamualaikumBuat pelanggan Juta Laundry Pantai BersihOperasi kami bermula :8 Pagi sehingga 1 Petang4 Petang sehingga ...
04/02/2021

Assalamualaikum
Buat pelanggan Juta Laundry Pantai Bersih
Operasi kami bermula :

8 Pagi sehingga 1 Petang
4 Petang sehingga 10 Malam
Setiap Hari

1 Petang sehingga 4 Petang Rehat

Maaf di atas segala kesulitan
Patuhi SOP
TERIMA KASIH

Alhamdulillah..Juta Laundry Pantai Bersih boleh beroperasi sepanjang PKP.Kedai akan dibuka dari jam 8 pagi sehingga 8 ml...
15/01/2021

Alhamdulillah..
Juta Laundry Pantai Bersih boleh beroperasi sepanjang PKP.
Kedai akan dibuka dari jam 8 pagi sehingga 8 mlm setiap hari.
Harap maklum.

13/01/2021

Juta Laundry Pantai Bersih terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi mengikuti arahan kerajaan.

Juta laundry pantai bersih beroperasi seperti biasa.Jemput datang semua ke kedai kami.
22/12/2020

Juta laundry pantai bersih beroperasi seperti biasa.
Jemput datang semua ke kedai kami.

02/10/2020

Assalamualaikum dan selamat pagi..
Bersempena dengan hari ulang tahun Juta Laundry Pantai Bersih kami berbesar hati untuk memberikan diskaun sepanjang bulan oktober ini bagi meraikan pelanggan setia kami. Bermula dari 02 okt sehingga 31 okt 2020.
Cuci RM3 dan kering RM3 sahaja.
Terima Kasih di atas sokongan anda.

πŸ˜πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸ˜

Assalamualaikum pelanggan Juta Laundry Pantai Bersih.Untuk pengguna dobi boleh scan QR code mySejahtera yg disediakan se...
03/08/2020

Assalamualaikum pelanggan Juta Laundry Pantai Bersih.
Untuk pengguna dobi boleh scan QR code mySejahtera yg disediakan sebelum memasuki kedai kami.
Bagi mematuhi SOP kerajaan dan memudahkan urusan pihak berwajib.
Terima kasih di atas sokongan anda.
Kami amat menghargainya.

Hari ni kita kongsi resepi sikit blh dak..Kuih ketayap aka kuih gulungSapa s**a kuih ketayap baik ngaku cpt πŸ˜‚...lama bet...
14/07/2020

Hari ni kita kongsi resepi sikit blh dak..
Kuih ketayap aka kuih gulung

Sapa s**a kuih ketayap baik ngaku cpt πŸ˜‚...lama betoi x buat bila mood rajin mai menjadi laa dia...selalunya org buat inti gula merah tp hr ni sy buat inti merah jambu plk sbb nk rasa mcm mak buat dulu2...mak mmg s**a inti kaler nii...pada yg x prnh buat sy ada tnjk cara2 kt gambar di bwh...abaikan kuali kesayangan sy tu πŸ˜‚ yg nk resepi amik kt sini yer...
Bahan2 utk inti...
1/2 biji kelapa amik yg putih jaa
1/2 cwn gula
1 sudu kecil sirap ros
1 helai daun pandan simpulkan
1 sudu mkn tpg gndm
Cara2...
Masukkan air...gula...daun pandan n sirap ke dlm kuali masak hgga gula larut...kemudian masukkan kelapa parut kacau hgga kering airnya...pastu masuk 1 sudu mkn tpg gndm kacau bg sebati ketepikan...
Bahan utk kulit...
2 cwn tpg gndm
1 cwn santan
1 cwn air boleh pakai air pandan jika s**a
Sedikit garam
1 biji telur
2 sudu mkn minyak masak
Sedikit pewarna hijau
Cara2...
Campur semua bahan whisk hgga sebati...bancuhan x pekat sgt x cair sgt sedang2 saja...panaskan kuali sapu sedikit minyak...masukkan 1 senduk adunan dan lenggangkan ke kiri n kanan supaya membulat dan nipis...bila dh kering pemukaan angkat dan letakkan inti ditgh2 kuih td...lipat kiri dan kanan kemudian gulung dgn kemas...siap

Kredit Resepi : Siti Nardinaβ€Ž (tak kenal pon copy paste ja)
Anyway terima kasih pada yg empunya resepi.

Address

C-G-02 Jalan Pantai Bersih, Taman Pantai Bersih
Butterworth
13200

Opening Hours

Monday 00:00 - 23:59
Tuesday 00:00 - 23:59
Wednesday 00:00 - 23:59
Thursday 00:00 - 23:59
Friday 00:00 - 23:59
Saturday 00:00 - 23:59
Sunday 00:00 - 23:59

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JUTA Laundry Pantai Bersih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category