10/10/2026
MERAFAK SEMBAH UCAPAN TAHNIAH SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN KE-80 TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK
KUCHING, 10 Oktober - Seluruh warga kerja Pejabat Yang di-Pertua Negeri Sarawak merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir ke-80.
Kami mendoakan semoga TYT Tun sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dalam keberkatan serta sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah S.W.T. Semoga TYT Tun bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Fauziah binti Mohd Sanusi dan seluruh keluarga tercinta terus dilimpahi kebahagiaan, ketenangan dan kesejahteraan.
Semoga TYT Tun terus dikurniakan kebijaksanaan dan kekuatan untuk memayungi Sarawak dengan penuh hikmah, memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum serta menyemarakkan semangat perpaduan demi kesejahteraan negeri yang tercinta.
Sembah takzim daripada seluruh warga kerja Pejabat Yang di-Pertua Negeri Sarawak.