KEDAI CUCI BAJU GADEK

KEDAI CUCI BAJU GADEK Dobi

Salam Maal Hijrah 1447H / 2025MTahun baru hijrah membawa seruan untuk kita “Membangun Ummah Madani” — ummah yang sejahte...
26/06/2025

Salam Maal Hijrah 1447H / 2025M

Tahun baru hijrah membawa seruan untuk kita “Membangun Ummah Madani” — ummah yang sejahtera, inklusif, berakhlak dan berpaksikan nilai-nilai Islam.

Hijrah bukan sekadar perpindahan, tetapi satu proses pembaharuan. Ayuh kita terus melangkah ke hadapan dengan ilmu, integriti dan semangat kebersamaan.

Semoga tahun ini menjadi detik permulaan kepada kehidupan yang lebih diberkati dan bermakna.

Marilah kita insafi dan berusaha sehabis baik untuk menghayati ayat di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 218:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۙ أُولَٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah; dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

02/03/2025

As salam semua..

Alhamdulillah hari ini kami telah memasang speaker baru dan memutarkan lagu Raya untuk para pelanggan kami..

Anda akan ditemani dengan lagu-lagu raya baru dan lama ketika mendobi✌🏻..

Terima kasih.😊

“Selamat menyambut bulan Ramadan yang penuh berkah! Semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah SWT dan kita semua mend...
02/03/2025

“Selamat menyambut bulan Ramadan yang penuh berkah!

Semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah SWT

dan kita semua mendapatkan keberkatan dalam setiap amal kita.”

As salam semua.. Alhamdulillah.. setelah lama tidak update status.. hari ni selesai penukaran dan penambahan lampu-lampu...
06/02/2025

As salam semua..

Alhamdulillah.. setelah lama tidak update status.. hari ni selesai penukaran dan penambahan lampu-lampu baru. Setelah beberapa minggu ini, banyak lampu-lampu yang mula rosak dan tidak menyala.

Harap dengan pemulihan ini, membuatkan para pelanggan kami akan rasa selesa dan lebih terjaga ketika mendobi waktu malam atau lewat malam.

Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan pada para pelanggan kami, agar pastikan pintu pagar kecil di tutup kembali sebelum meninggalkan premis.

Kerjasama para pelanggan.. kami dahulukan dengan berbanyak terima kasih kerana sama-sama kita menjaga kebersihan ruang legar dobi.

Semoga dengan pencahayaan baru ini, kedai dobi kita akan jadi lebih meriah dalam persediaan kita menyambut bulan Ramadhan tahun ini insyaAllah..

Terima kasih atas sokongan anda selama ini..

As Salam..

Marhaban ya Ramadan! Semoga di bulan penuh berkah ini, segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT. Selamat berpuasa...
11/03/2024

Marhaban ya Ramadan! Semoga di bulan penuh berkah ini, segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT. Selamat berpuasa kepada semua para pelanggan kami walau dimana jua anda berada.

ikhlas,
ER SUPPLIES RESOURCES 2024

As salam semua para pelanggan,Sedikit kekecohan berlaku pada pagi ini disebabkan mesin pengering kami kehabisan gas, mey...
15/01/2024

As salam semua para pelanggan,

Sedikit kekecohan berlaku pada pagi ini disebabkan mesin pengering kami kehabisan gas, meyebabkan pakaian tidak dapat dikeringkan dengan sempurna.

Kami mohon kemaafan disebabkan berlaku perkara tersebut.

Perkara tersebut berlaku disebabkan pengedar gas tidak bekerja pada cuti hujung minggu.

Alhamdulillah, semua kembali seperti biasa.

Maaf sekali lagi, dan terima kasih diatas sokongan yang diberikan.

As salam

As salam semua..Semalam selamat sudah pemasangan tambahan mesin pengering di Dobi Gadek.Semoga dengan penambahan mesin i...
28/07/2023

As salam semua..

Semalam selamat sudah pemasangan tambahan mesin pengering di Dobi Gadek.

Semoga dengan penambahan mesin ini, akan dapat menjimatkan masa menunggu buat para pelanggan kami.

InsyaAllah, kami akan berusaha untuk penambahan mesin basuh dan mesin pengering dimasa akan datang.

Segala teguran demi kebaikkan kita bersama untuk kedai Dobi Gadek ini, kami ambil secara serius insyaAllah.

Terima kasih atas sokongan anda selama ini, semoga kemudahan ini, akan memudahkan urusan anda semua untuk basuh dan kering pakaian anda.

Terima Kasih.
As Salam.

As salam semua pelanggan kami, Alhamdulillah, washer 10kg yg tak hidup 2-3 hari sebelum ni, sudah kembali seperti sedia ...
21/07/2023

As salam semua pelanggan kami,

Alhamdulillah, washer 10kg yg tak hidup 2-3 hari sebelum ni, sudah kembali seperti sedia kala.

Berpunca dari masalah inverter, dan sudah ditukar dengan alat ganti baru.

Semoga kami dapat terus memberi perkhidmatan yg cemerlang untuk semua.

Dan insyaAllah, minggu hadapan, kami akan membuat penambahan pada mesin pengering kapasiti 14kg 2 unit dan mesin pengering kapasiti 16kg 1 unit,
Secara keseluruhan 7 pintu utk mesin pengering yg tersedia, insyaAllah..

As salam semua..Alhamdulillah.. penukaran alat ganti pada washer 10kg yg kadang2 mendatangkan masalah pada pengguna.. te...
24/06/2023

As salam semua..

Alhamdulillah.. penukaran alat ganti pada washer 10kg yg kadang2 mendatangkan masalah pada pengguna.. telah selesai dilakukan..

Semoga selepas ini urusan para pelanggan kami tidak terjejas..

Kemaafan dipinta pada pelanggan kami yg terjejas sebelum ini..

InsyaAllah kami sentiasa peka dan akan menambah baikkan perkhidmatan kami dari masa ke semasa..

T.kasih atas sokongan anda semua..

InsyaAllah jika ada rezeki.. akan kami tambah mesin basuh dan mesin pengering dlm waktu terdekat..

Doa kan kami ya semua..

Terima Kasih.

21/04/2023

Ketibaan Syawal merupakan satu kemenangan yang terbesar bagi setiap umat Islam yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan. Ia disifatkan sebagai kemenangan bagi setiap umat Islam hasil dari ‘peperangan’ menentang musuh dalam jiwa yang terbesar, iaitu hawa nafsu....

Ramadhan barakah pasti dirindui,
Moga amalan diterima Ilahi,
Syawal menjelma sama dirai,
Dengan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri.”

مِنَ العَائدِيْنَ والفَائِزِينَ

Minal aidin wal faizin

"Semoga kita tergolong orang-orang yang kembali dan berhasil".

Address

GD 172 PT 739
Alor Gajah
78000

Telephone

0122098973

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEDAI CUCI BAJU GADEK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category